Kelab kecil bukan masalah, 3 import pilih setia berbanding glamour


  • Podium
  • Rabu, 20 Ogos 2025

Dari kiri: Kamara, Sasaki dan Ashfaq merupakan pemain import berjaya di Liga Malaysia.

LIGASuper menyaksikan pelbagai pemain import datang dan pergi, ada yang berjaya di Malaysia hingga dianggap antara yang terbaik dalam kalangan terbaik.

Malah, ada juga pemain yang walaupun menjadi antara import terbaik di Liga Super, mereka kekal di memilih untuk bersama kelab disertai walaupun bersaiz kecil dan enggan berpindah.

Mereka mungkin tidak meraih piala, namun mencipta legasi berpanjangan dalam karier mereka di Malaysia.

BACA LAGI:Rahsia 2 gol bintang Penang bertemu Melaka berpunca kemarahan terhadap VAR

BACA LAGI:'Trust the process' masuk fasa ke-6: Arteta wajib menang EPL atau tinggalkan saja Arsenal

Abu Kamara

Sebelum Kuching City FC menjadi kelab yang diikuti ramai kerana kualiti mereka sebagai dark horse, mereka sudah mempunyai pemain berkualiti dalam skuad.

Pemain tersebut merupakan penyerang dikenali sebagai Abu Kamara yang beraksi selama dua musim dari 2022 hingga 2024.

Abu Kamara begitu cemerlang untuk Kuching City ketika bermain di Liga Malaysia

Kamara setia bersama Kuching dari era mereka di Liga Premier sebelum naik ke Liga Super dengan pemain Liberia itu menghasilkan 13 gol dalam semua kejohanan pada musim 2022.

Dia kemudiannya terus memberikan persembahan berkualiti ketika di Liga Super pada musim berikutnya dengan menyumbat 16 gol.

Takumi Sasaki

Hadir dengan reputasi besar, Negeri Sembilan FC beruntung kerana mempunyai pemain tengah menyerang seperti Takumi Sasaki.

Datang ke Liga Super sebagai pemenang saingan J3.League bersama Ehime FC, kreativiti Sasaki sebagai pemain tengah menyerang amat mengagumkan.

Sasaki (kiri) merupakan pemain terbaik Negeri Sembilan musim lalu.

Ia membuatkan pemain tersebut sering disebut-sebut untuk berpindah ke kelab lain namun dia terus kekal bersama skuad Jang sejak menyertainya pada 2024/2025.

Sasaki merupakan pemain terbaik Negeri Sembilan musim lalu walaupun mereka berdepan musim sukar, kini dengan permulaan menyakinkan tidak terkejut untuk melihat pemain Jepun tersebut terus menyinar.

Ali Ashfaq

Berkemungkinan pemain import paling berjaya dalam sejarah PDRM FC, bintang dari Maldives tersebut merupakan senjata tajam Sang Saka Biru dalam Liga Malaysia.

Merupakan pemain pertama Maldives yang beraksi di luar negara, Ashfaq menyertai PDRM pada 2014hingga 2016 dengan impaknya dihargai oleh bola sepak Malaysia.

Ashfaq (kanan) merupakan pemain tajam untuk PDRM.

Musim 2014 menyaksikan dia menghasilkan 27gol daripada 30perlawanan dalam semua kejohananhingga dia berjaya dinobatkan sebagai pemain import terbaik di Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK).

Apabila di Liga Super, dia berjaya menyumbat 10 gol sebelum pada 2016, dia meninggalkan Sang Saka Biru ketika musim baru bermula untuk menyertai New Radiant di negaranya.—Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram