
SECARA asasnya, tugas untuk menjaringkan gol adalah terletak kepada pemain yang bermain di posisi menyerang.
Namun begitu, pertahanan yang sepatutnya membantu penjaga gol untuk tidak dibolosi lawan turun menyumbang kepada jumlah jaringan kelab masing-masing.
Saingan Liga Super musim ini juga tidak terkecuali, beberapa kelab dilihat menikmati situasi di mana pertahanan mereka turut menyumbang kepada jumlah jaringan mereka.
BACA LAGI: Terus tumpul depan gol, sampai bila pertahanan Selangor harus ‘ikat jamin’ Willian Lira?
BACA LAGI: ‘Dua tahun dipinjamkan JDT, harap Azam Azmi tak patah semangat’
Selangor FC
Gergasi Merah harus berterima kasih kepada barisan pertahanan mereka yang dilihat menjalankan dua tugas iaitu bertahan dan menjaringkan gol.
Hal ini kerana, situasi ketumpulan barisan serangan Selangor pada awal musim memaksa pertahanan mereka untuk tampil ke hadapan dan membantu kelab.
Kevin Deeromram meringkan tugas penyerang Selangor dengan golnya. — Selangor FC
Hasilnya, mereka setakat ini sudah pun mempunyai tiga gol yang dihasilkan oleh pertahanan dengan dua daripadanya dihasilkan oleh Kevin Deeromram.
Satu lagi jaringan dihasilkan Richmond Ankrah dengan pertahanan Selangor turut menghasilkan tujuh bantuan gol - terbaik dalam Liga Super setakat ini.
Terengganu FC
Selain Selangor, Terengganu FC turut mendapat manfaat kepada tajamnya pertahanan mereka ketika di depan gol pihak lawan.
Walaupun mereka mempunyai Yann Mabella yang teguh dengan enam gol, pertahanan Terengganu turut tidak mahu ketinggalan dalam menjaringkan gol menerusi Azam Azmi misalnya.
Azam Azmi antara pemain pertahanan tempatan yang menghasilkan gol musim ini. — Terengganu FC
Pertahanan itu sudah mempunyai dua gol musim ini dalam liga sambil Diego Landis turut menghasilkan satu jaringan bagi skuad Penyu.
Ia menjadikan mereka antara tiga kelab paling banyak menghasilkan gol setakat ini dalam kalangan pemain pertahanan.
Johor Darul Ta'zim
Bagi Harimau Selatan, menghasilkan gol itu tiada masalah buat mereka kerana dibarisi penyerang tajam dan ampuh.
Akan tetapi, pertahanan mereka turut tajam di depan gol dengan setakat ini Johor Darul Ta'zim (JDT) sudah mendapatkan lapan gol dari posisi tersebut.
Jon Irazabal cukup ampuh di depan gol. — JOHOR Southern Tigers
Dalam lapan gol itu, empat daripadanya disumbangkan oleh Jon Irazabal dengan Eddy Israfilov menyumnbang dua jaringan.
Dua lagi jaringan oleh pertahanan JDT dihasilkan menerusi Antonio Glauder dan Raul Parra dengan masing-masing menyumbang satu gol setakat ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram