Industri sukan terima RM580 juta, perkasa program RTG serta persediaan jadi tuan rumah Sukan SEA 2027


  • Podium
  • Jumaat, 10 Okt 2025

Gandingan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei meraih gelaran juara di Kejohanan Dunia. — Agensi

INDUSTRI sukan menerima peruntukan sebanyak RM580 juta dalam Belanjawan MADANI 2026 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat.

menurut beliau, jumlah itu merangkumi pelbagai aspek terutamanya pemerkasaan program Road to Gold (RTG) serta persediaan Malaysia sebagai tuan rumah Sukan SEA dan Sukan Para Asean pada 2027.

Anwar turut mengatakan yang belanjawan kali ini akan menumpukan kepada pembangunan sukan bagi golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) serta menyelenggara kemudahan belia dan sukan di seluruh dunia.

BACA LAGI: Insentif pesawah naik RM510 sempena Belanjawan Madani 2026

BACA LAGI: Sabah, Sarawak terima peruntukan pembangunan tertinggi Belanjawan Madani 2026

Pembangunan sukan dalam kalangan warga OKU turut diberi perhatian dalam belanjawan kali ini.

Dalam masa yang sama, industri sukan turut akan diberikan suntikan dana untuk menaik taraf padang-padang sekolah di bawah kendalian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di seluruh negara.

Untuk memastikan aktiviti sukan terus rancak di negara ini, kerajaan membenarkan mana-mana organisasi yang berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menggunakan sebahagian daripada pendapat itu untuk mengadakan aktiviti sukan.

Ketika membentangkan belanjawan, Anwar turut menyebut beberapa nama atlet Malaysia yang sudah membanggakan negara di persada dunia.

Antaranya adalah juara beregu campuran Kejohanan Dunia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei serta jaguh lompat jauh paralimpik negara, Datuk Latif Romly yang memecahkan rekod sendiri dan meraih pingat emas di Kejohanan Olahraga Para Dunia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram