[VIDEO] 'Baca skrip ke?', ekor Harimau Malaya perasan Arif Aiman macam baca ucapan khas lepas Malaysia kalahkan Laos


  • Podium
  • Jumaat, 10 Okt 2025

Arif menjaringkan satu gol ketika Malaysia mengalahkan Laos. — Facebook/Malaysia NT

MALAYSIA meneruskan rekod baik dalam kelayakan Piala Asia 2027 apabila Harimau Malaya mengalahkan Laos 3-0 di Stadium Nasional New Laos, Vientiane pada Khamis.

Gol oleh Arif Aiman, Dion Cools dan Faisal Halim memberikan tiga lagi mata buat skuad Peter Cklamovski dengan harapan ke pusingan akhir di Arab Saudi semakin cerah.

Rata-rata penyokong menyambut baik kemenangan tersebut, namun ada satu kejadian yang membuatkan mereka mempersoal tindakan salah seorang bintang skuad negara.

BACA LAGI: Pecah rekod bekas arkitek Harimau Malaya, Arif Aiman kini penjaring lokal terbanyak JDT

BACA LAGI: Tonggak Bangkok United angkat Arif Aiman, penyerang berbisa sebagai 2 ancaman terbesar JDT

Selepas perlawanan, Arif yang turut dikenali sebagai Mr MVP bercakap kepada media memberikan komen yang ditujukan kepada tujuh pemain warisan yang digantung serta Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tunku Ismail yang lebih dikenali sebagai Tunku Mahkota Johor (TMJ) dianggap oleh Arif sebagai "penyokong terbesar" Harimau Malaya.

"Tahniah kepada semua pemain, tidak lupa kepada tujuh pemain yang dikenakan hukuman. Mereka tetap pemain dan rakyat Malaysia, terima kasih kepada semua penyokong dan tidak lupa penyokong terbesar (iaitu) TMJ," ujarnya.

Namun begitu, penyokong melihat seperti Arif hanya membaca skrip dengan dia dilihat sering memandang ke bawah seakan membaca sesuatu yang sudah disediakan untuknya.

"Baca skrip dari WhatsApp ke?," soal penyokong iaitu rizqiukasya.

"Come on Mr MVP, ingatkan awak cakap dari lubuk hati. Rupanya tengok skrip dalam telefon. Bila tengok ayat 'tahniah kepada semua pemain' je dah tahu dari mana," ujar vinsmokesamji_.

"Tiada individu lebih besar daripada negara. Kita berdiri bersama pemain kerana negara yang kita cintai, bukan atas sebab individu," komen Luqman Hakim.

Selepas aksi di Vientiane, Harimau Malaya akan bertemu lawan sama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 14 Oktober. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebookInstagramWhatsApp Channel dan Telegram