
SEORANG pempengaruh dikenali sebagai Sharina Richie mendedahkan yang dia menjadi mangsa buli kepada anak pelakon terkenal, Datuk Aaron Aziz iaitu Dwi Ariana.
Dalam video yang dikeluarkannya pada Khamis, Sharina yang sebelum ini memuat naik rakaman komen Aaron mengenai isu pelayaran Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza, Palestin menerima kecaman oleh warganet.
Dia kemudiannya menurunkan video tersebut dan membuat permohonan maaf sambil Aaron turut menjelaskan yang komennya diambil dari luar konteks.
BACA LAGI: Diyana Halik sebak, tetap berdiri di belakang Aaron Aziz selepas suami dituduh anti Gaza
BACA LAGI: [VIDEO] Hargai pengorbanan suami, isteri Aaron Aziz kongsi kisah penghijrahan sekeluarga ke Malaysia
Walaupun sudah melakukan permohonan maaf secara terbuka, Sharina mengatakan yang dia masih dibuli siber oleh anak pelakon tersebut.
“Saya mengecam sekeras-kerasnya tindakan buli yang ditujukan kepada Datuk Aaron Aziz dan keluarganya.
“Saya juga tidak akan berdiam diri atas ugutan dan kecaman ke atas saya yang bermula dari intepretasi dan salah faham yang sepatutnya boleh diselesaikan dengan baik.
“Saya telah membuat permohonan maaf secara terbuka namun permohonan maaf saya diperlekehkan dan dijadikan bahan buli oleh Dwi Ariana,” jelas Sharina.
Dalam masa yang sama, pihak Sharina turut mendedahkan yang ibunya ada dihubungi oleh seorang peguam yang meminta maklumat peribadinya.
Peguam itu kemudiannya menakut-nakutkan ibu Sharina dengan kenyataan akan dikenakan saman fitnah berjumlah jutaan ringgit.
Tindakan tersebut dianggap sebagai tidak profesional dan beretika oleh pihak Sharina. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram