
SEORANG wanita warga Bangladesh tergamak memotong kemaluan kekasihnya kerana cemburu di Gelang Patah, Johor.
Tindakan itu dibuat oleh suspek kerana cemburu yang teman lelakinya yang juga warga Bangladesh masih mempunyai isteri di negara asal mereka.
Ketua Polis Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, pihaknya menerima laporan sekitar pukul 10.45 pagi Rabu daripada mangsa yang datang bersama rakannya, seorang warga tempatan.
BACA LAGI: [VIDEO] Pemandu van tidak cermat didenda RM8,000, langgar 6 kenderaan di stesen KTM Ipoh
BACA LAGI: Proses beri kerakyatan ikut saluran betul, ada statut itu hal FIFA dan FAM — Saifuddin
Kumaresan mengesahkan yang suspek berusia 34 tahun berjaya ditahan oleh pihak berkuasa sekitar 12.15 tengah hari pada Rabu. — Facebook/balaipolisiskandarputeri
“Pengadu seorang lelaki tempatan memaklumkan kenalannya, seorang lelaki warga Bangladesh berusia 33 tahun mengalami kecederaan pada bahagian kemaluan dan tangan kiri selepas diserang teman wanitanya di Kampung Lokan, Gelang Patah.
“Mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.
Kumaresan mengesahkan yang suspek berusia 34 tahun berjaya ditahan oleh pihak berkuasa sekitar 12.15 tengah hari Rabu.
Ketika ditahan, polis turut merampas sebilah pisau sepanjang 29 sentimeter dipercayai digunakan untuk mencederakan mangsa.
“Pemeriksaan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian saringan awal air kencing juga negatif dadah.
“Polis turut merampas sebilah pisau sepanjang 29 sentimeter yang dipercayai digunakan dalam kejadian,” ujarnya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram