[VIDEO] Kem Final Klinik STL 2025 himpun 40 bakat muda negara di Kuala Lumpur


  • Podium
  • Rabu, 08 Okt 2025

Seramai 40 bakat muda terbaik tanah air kini berkumpul di Kem Final Klinik STL 2025 yang berlangsung di Akademi Sepak Takraw Malaysia, Stadium Raja Muda, Kuala Lumpur bermula 7 hingga 11 Oktober ini.

SERAMAI 40 bakat muda terbaik tanah air kini berkumpul di Kem Final Klinik STL 2025 yang berlangsung di Akademi Sepak Takraw Malaysia, Stadium Raja Muda, Kuala Lumpur bermula 7 hingga 11 Oktober ini.

Program anjuran Astro dengan kerjasama Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) itu menjadi kemuncak kepada siri Klinik STL 2025 yang diadakan di enam negeri sepanjang musim Liga Sepak Takraw (STL) tahun ini.

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, sepak takraw diangkat sebagai salah satu sukan teras negara kerana mempunyai potensi besar untuk menarik minat pelbagai lapisan masyarakat, selain menjadi warisan sukan rakyat yang mudah diakses.

BACA LAGI : [VIDEO] STL Champions Cup melebihi standard Sukan Asia — Legenda Thailand

BACA LAGI : Tukar venue, kecederaan bukan penghalang Penang Black Panther mahu capai misi kekal musim depan — Pengurus

"Kita masukkan sepak takraw sebagai sukan teras dan mereka juga menerima banyak dana daripada kerajaan. 

"Sebagai contoh, apabila kita memaklumkan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengenai keperluan mewujudkan sebuah akademi dan infrastruktur khas untuk sukan sepak takraw, kita turut membantu mengenal pasti tanah milik Institut Sukan Negara (ISN) iaitu tanah kerajaan Persekutuan yang sedia ada infrastrukturnya.

"Hanya dana naik taraf diperlukan, dan hasilnya Perdana Menteri telah meluluskan peruntukan khas berjumlah RM6 juta bagi projek pembangunan sepak takraw tersebut," kata Hannah menghadiri Kem Final Klinik STL 2025 tersebut.

Tambah beliau, program itu bukan sahaja membuka peluang kepada pelajar sekolah mencuba sukan tersebut, malah turut memperkenalkan sepak takraw di sekolah pelbagai aliran termasuk Sekolah Cina, Tamil dan komuniti Orang Asli melalui projek khas pembangunan bakat.

Untuk makluman, Kem Final Klinik STL 2025 menjadi kemuncak kepada siri program pembangunan yang diperkenalkan sejak 2023, menawarkan latihan intensif lima hari bersama jurulatih kebangsaan menggunakan modul profesional pembangunan pemain muda. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram