Laman sesawang FAM digodam, kena bayar hampir RM30,000 jika mahu akses semula


  • Podium
  • Isnin, 06 Okt 2025

Semakan di laman sesawang CMS-FAM mendapati pengguna perlu membuat bayaran jika mahu mengakses.

ARENA bola sepak tanah air dikejutkan apabila laman pangkalan data milik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) iaitu CMS-FAM digodam pada Isnin.

Semakan Majoriti mendapati laman sesawang tersebut tidak dapat diakses dengan pengguna akan terhalang berserta mesej 'Domain, pelayar atau pangkalan data sudah digodam' terpapar.

Pihak tidak bertanggungjawab itu juga turut meminta bayaran mencecah $7,000 (RM29,500) untuk mana-mana pengguna yang mahu melepasi sekatan terbabit.

BACA LAGI: ‘Hilang tak terkesan, ada tak menambah’, kehilangan import JDT seolah tak dirindui

BACA LAGI: [VIDEO] Duduk bawah agensi bintang dunia, pemain warisan berdarah Pulau Pinang perkuat Harimau Malaya?

Semakan mendapati laman sesawang CMS-FAM digodam pihak tidak dikenal pasti.

Bagaimanapun, semakan terbaru mendapati mesej tersebut sudah tidak lagi terpapar dengan hanya tulisan ringkas 'Fail tidak dijumpai' dikesan.

Tidak terhenti di situ, sekiranya pengguna membuat carian CMS FAM di pelayar masing-masing, mereka akan mendapati terdapat mesej berhubung isu pemain warisan terpapar.

"Kenapa anda semua b*d*h? Anda semua main bola atau main kad pengenalan (IC) palsu? Adoi, apa hal pula mahu libatkan Indonesia? FIFA hukumlah FAM, bukan PSSI (Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia)," tulisnya.

Mesej berbaur provokasi ditinggalkan pihak tidak bertanggungjawab di laman sesawang CMS-FAM.

Ini merupakan perkembangan terbaru berkaitan isu warisan negara selepas tujuh pemain dikenakan penggantungan oleh badan induk bola sepak antarabangsa itu.

Meskipun FIFA sudah membenarkan mereka beraksi sebelum ini, pelepasan tersebut ditarik semula selepas mereka mendapati terdapat isu pemalsuan dokumen oleh FAM.

Bagaimanapun, maklumat sebenar berhubung laman sesawang yang digodam itu masih belum diperolehi dengan pihak terlibat dalam organisasi tempatan itu pasti akan mencari penyelesaian segera. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram