Tempoh rayuan 10 hari hampir tamat, dengarnya FAM masih belum mohon 'motivated decision' dari FIFA


  • Podium
  • Isnin, 06 Okt 2025

FAM dilihat masih belum meminta 'motivated decision' kepada FIFA mengenai hukuman diterima mereka.

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) dikatakan masih belum memohon motivated decision atau penghakiman kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berkenaan hukuman gantung dan denda terhadap badan induk itu serta tujuh pemain warisan, meskipun tempoh rayuan selama 10 hari hampir tamat. 

Dengan penyokong bola sepak tempatan rata-ratanya berdebar menantikan pengakhiran kepada tempoh rayuan 10 hari yang panjang itu, penemuan di laman sesawang FIFA tidak memberikan sebarang petanda positif.

Berdasarkan perkongsian Palatao Bola, laman sesawang FIFA masih belum menunjukkan sebarang maklumat mengenai urusan rayuan FAM mengenai kes mereka.

BACA LAGI: Skandal bintang warisan beri kesan ekosistem bola sepak negara, FAM harus bertanggungjawab — PBMM

BACA LAGI: Jordan Mintah, Ramadhan antara nama baru ganti hilangnya 7 pemain warisan

Di laman sesawang tersebut, FIFA akan menyiarkan bukti yang diserahkan oleh FAM untuk pertimbangan mereka dengan justifikasi hukuman turut dinyatakan.

Walaupun kiraan 10 hari itu sudah mencukupi di Malaysia, perbezaan zon masa antara Malaysia dengan Switzerland di mana ibu pejabat FIFA berada akan memainkan perbezaan sama ada FAM sudah memohon permohonan itu atau tidak.

Berkemungkinan juga yang FAM sudah menyerahkan segala yang diperlukan kepada FIFA namun ia masih belum dikemaskini oleh badan induk bola sepak dunia itu di laman mereka.

Dengan panjangnya 10 hari untuk menyelamatkan nasib tujuh pemain warisan negara, FAM pasti akan membuka mulut selepas tempoh itu selesai bagi memberi keterangan kepada penyokong. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram