[VIDEO] Duduk bawah agensi bintang dunia, pemain warisan berdarah Pulau Pinang perkuat Harimau Malaya?


  • Podium
  • Selasa, 05 Nov 2024

Sam pernah beraksi bersama AFC Bournemouth dalam kejohanan EPL. — Agensi

SKUAD kebangsaan mungkin akan dapat tonik baharu jika Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) segera menyunting pemain pertahanan tinggi lampai kelab divisyen keempat Liga Inggeris, MK Dons.

Pemain yang dimaksudkan ialah Sam Sherring seperti dikongsikan oleh laman Instagram Frfuture Talents selepas bintang berusia 24 tahun itu dipercayai mempunyai pertalian darah dengan negara ini.

Sam beraksi di posisi pertahanan tengah dan turut mempunyai pengalaman mewakili kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), AFC Bournemouth sebelum menyertai MK Dons pada Julai lalu.

BACA LAGI: Metodologi tersusun, sokongan TMJ antara rahsia Akademi JDT hasil pemain persis Arif Aiman

BACA LAGI: [VIDEO] 'Hanya TMJ cuba bantu saya', pemain warisan Jerman-Malaysia akui masih tunggu 'lampu hijau' FAM

Menurut Frfuture Talents, Sam mempunyai pertalian darah menerusi ibunya yang mana neneknya dilahirkan di Pulau Pinang.

"Sam Sherring mempunyai pertalian darah dengan Malaysia melalui ibunya, neneknya juga dilahirkan di Pulau Pinang, Malaysia.

"Hubungan ini membolehkan dia mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa."



Mempunyai ketinggian 1.88 sentimeter (cm), Sam boleh memberikan kelebihan buat barisan pertahanan Harimau Malaya ketika berdepan lawan yang lebih berfizikal.

Selain itu, Sam juga duduk dibawah agensi yang mempunyai ramai pemain-pemain bertaraf dunia seperti Anthony Gordon (Newcastle United), Brennan Johnson (Tottenham Hotspurs), Hakan Calhanoglu (Inter Milan), Reece James (Chelsea) dan Aaron Wan-Bissaka (West Ham).

Ini menunjukkan agensi besar seperti Unique Sports Group mempercayai bakat yang ada pada Sam selepas dia mempunyai pengalaman tinggi di peringkat bawahan kejohanan Liga England.

Antara kelab yang pernah diwakili oleh Sam ialah Weymouth FC, Torquay FC, Accrington FC, Cambridge United, Northampton FC dan skuad muda AFC Bournemouth.

Sebelum ini, penyokong Harimau Malaya terpaksa menelan kekecewaan selepas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) tidak membenarkan pemain warisan Belanda-Malaysia, Mats Deijl mewakili skuad kebangsaan.

Ini kerana kapten pasukan Go Ahead Eagles itu tidak melepasi syarat kelayakan untuk mewakili Malaysia melalui darah keturunan.

Pemain pertahanan berusia 27 tahun itu hanya mempunyai darah keturunan Malaysia melalui moyangnya dan bukan melalui datuk atau nenek seperti yang ditetapkan dalam syarat FIFA. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram