‘Hilang tak terkesan, ada tak menambah’, kehilangan import JDT seolah tak dirindui


  • Podium
  • Ahad, 05 Okt 2025

Undabarrena Hanya merekodkan 19 perlawanan sejak menyertai JDT pada Ogos 2025. — Facebook/JDT

KEHILANGAN tonggak tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Iker Undabarrena menimbulkan tanda tanya dalam kalangan penyokong apabila pemain dari Sepanyol itu hilang daripada radar pasukan tanpa sebarang penjelasan rasmi daripada kelab.

Menerusi hantaran di laman Facebook penyokong, Bikem Studio, persoalan mengenai status Undabarrena kembali hangat diperkatakan selepas pemain berusia 30 tahun itu kali terakhir beraksi bersama Harimau Selatan pada 12 Ogos lalu ketika menentang Negeri Sembilan FC (NSFC).

Sejak perlawanan tersebut, namanya tidak lagi kelihatan dalam mana-mana senarai skuad Harimau Selatan termasuk di laman rasmi kelab, sistem FAM-CMS dan juga senarai Liga Juara-Juara Elit (ALCE).

BACA LAGI: [VIDEO] Bintang Liga A1 letakkan diri dalam senarai eksklusif, gegar JDT lepas hampir digugur

BACA LAGI: Gelora pengurusan PDRM angkara isu gaji berterusan, poster berdepan JDT dihasilkan ala kadar

Keadaan berkenaan menimbulkan spekulasi sama ada pemain tengah berpengalaman tersebut sudah meninggalkan kelab juara 11 kali berturut-turut Liga Super itu.

Namun sehingga kini, pihak JDT masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung status Undabarrena, sekali gus membuka ruang kepada pelbagai andaian dalam kalangan peminat.

Menariknya, semakan di akaun Instagram milik pemain itu mendapati dia masih meletakkan JDT dalam bio peribadinya,  menimbulkan persoalan sama ada dia masih terikat kontrak atau sedang berehat akibat kecederaan panjang.

Undabarrena hanya diturunkan pada satu perlawanan musim ini. — Facebook/JDT

Walau apa pun situasinya, ketiadaan bekas tonggak CD Leganes berkenaan nampaknya tidak terlalu dirasai apabila prestasi Harimau Selatan kekal konsisten di pentas domestik dan Asia.

“Sebagai penyokong JDT, tak keterlaluan aku cakap. Ada tak menambah, tiada tak terkesan. Fail signing,” komen penyokong Harimau Selatan, Nor Azhar Othman.

“Sebagai defensive midfielder, dia ini tidak keras nak patahkan serangan pihak lawan,” pendapat penyokong JDT, Azhar Ahmad.

Sejak menyertai Harimau Selatan pada Ogos lepas, Undabarrena Hanya merekodkan 19 perlawanan dengan tidak mencetak sebarang gol mahupun bantuan jaringan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram