Garisan padang tak siap antara punca aksi Perak lawan 'budak uni' ditangguh


  • Podium
  • Ahad, 05 Okt 2025

Perlawanan tersebut terpaksa ditangguhkan ke tarikh baharu selepas venue tidak disempurnakan.

PERLAWANAN Liga A1 Semi Pro 2025/26 antara Perak FA dan Malaysian University FT di Stadium MMU, Cyberjaya yang dijadualkan berlangsung pada Ahad terpaksa ditangguhkan.

Ini selepas pihak tuan rumah gagal menyediakan venue perlawanan dengan sempurna, termasuk menyiapkan garisan padang seperti mana ditetapkan dalam peraturan pertandingan.

"Selepas pemeriksaan dibuat, Match Commisioner, General Coordinator dan pasukan pengadil sebulat suara berpendapat bahawa aksi tidak boleh diteruskan.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Kalaulah ada VAR', mutu pengadilan halang Perak kutip 3 mata berdepan KRW

BACA LAGI: ‘Flop’ di NSFC, bek Nigeria dipersoal jadi pilihan Perak FA bukannya penyerang

Pengumuman dikeluarkan berhubung penangguhan perlawanan Liga A1 Semi Pro tersebut. Facebook/Perak FA

"Ia juga kerana ketidakpatuhan terhadap standard teknikal padang permainan. Keputusan rasmi berhubung status perlawanan ini akan ditentukan pihak AFL (Liga Bola Sepak Amatur) selaku penganjur Liga A1 Semi Pro," tulisnya.

Berdasarkan foto dikongsikan di media sosial, kelihatan keadaan padang di stadium tersebut cukup baik, namun garisan tidak kelihatan dengan jelas.

Kesilapan tersebut sememangnya menghalang sebarang perlawanan daripada diteruskan kerana garisan diperlukan pemain dan pengadil untuk mengetahui had permainan.

Isu berkenaan sudah tentu mencalarkan perasaan penyokong pasukan pelawat dengan ada daripadanya sudah tiba lebih awal untuk memberi sokongan kepada Perak FA.

Skuad Seladang kini berada di tangga kelima Liga A1 Semi Pro hasil 11 mata dari enam perlawanan sementara Malaysia Universiy FT di kedudukan ke-12 setelah hanya mengutip empat mata. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram