Aksi ditangguhkan, pelajar SMS Johor meninggal dunia ketika bermain ragbi


  • Podium
  • Jumaat, 03 Okt 2025

Pasukan SMS Johor ketika menyertai kejohanan SBP7s di Ipoh, Perak

PEMAIN ragbi 7 sebelah Sekolah Menengah (SMS) Johor, Muhammad Fauzan Mohd Sulaiman, 16, meninggal dunia ketika sedang beraksi mewakili sekolahnya pada Jumaat. 

Menurut laporan, Fauzan dikatakan meninggal dunia semasa turun beraksi melawan Sekolah Menengah Sains Rembau (SEMESRA) dalam Kejohanan Ragbi SBP7s.

Disebabkan kejadian itu, aksi di antara kedua-dua sekolah kemudiannya ditangguhkan oleh pihak penganjur yang mengadakan perlawanan di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh, Perak. 

BACA LAGI: [VIDEO] Dari sukan gimnas ke ragbi, prospek original Ampang mahu julang Malaysia ke Piala Dunia

BACA LAGI: Kuasa besar ragbi menyerlah di MCKK Premier 7’s: 3 sekolah bersaing sengit rebut kejuaraan

Dalam kenyataan pihak sekolah, mereka menangguhkan segala aktiviti yang dirancang termasuklah Hari Kokurikulum pada Jumaat.

Ia kemudiannya digantikan dengan majlis bacaan Yasin dan tahlil buat Allahyarham Fauzan yang merupakan pelajar Tingkatan 4 Sinergi.

"Sebagai tanda penghormatan, pihak sekolah akan menangguhkan Hari Kokurikulum dan Hari Terbuka Asrama (SAJOVAL25), dan menggantikan dengan Bacaan Yasin dan Majlis Tahlil pada 3 Oktober, selepas waktu maghrib di Surau Al- Ihsan, SM Sains Johor," kata pengurusan sekolah.

Difahamkan, selepas selesai proses bedah siasat, jenazah akan dibawa pulang ke Chaah, Johor. Urusan pengebumian akan disempurnakan pada Sabtu pagi.

Majoriti sedang menghubungi pihak penganjur bagi mendapatkan respons susulan berhubung insiden berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram