
SATU insiden yang tidak enak berlaku di Stadium Bandaraya, George Town selepas perlawanan Liga Super antara Penang FC dengan Negeri Sembilan FC pada Sabtu.
Dalam satu rakaman tular yang dikongsikan oleh Penang Brotherhood di Facebook, kelihatan sekumpulan penyokong dipercayai golongan hooligan Negeri Sembilan yang melakukan kekecohan semasa hendak meninggalkan stadium.
Berdasarkan rakaman tersebut, terdapat segelintir daripada mereka yang melakukan provokasi terhadap pegawai polis bertugas.
BACA LAGI: Penang FC bukan ukuran, tekanan fans Jang Hobin ujian sebenar Luqman Hakim
BACA LAGI: Pelik tapi benar, Sabah-Penang terikut jejak 2 pendatang baharu Liga Super
Kejadian yang disaksikan oleh mereka bersorak "you're f*****g s**t* (kamu itu teruk) kepada penyokong kelab tuan rumah.
Mereka kemudiannya keluar mengikut laluan yang ditetapkan dengan tiada laporan setakat ini mengenai kecederaan atau insiden lain.
Punca kepada insiden tersebut masih lagi menjadi tidak dapat dipastikan.
Dalam perlawanan tersebut, Penang meraih kemenangan pertama mereka di Liga Super menerusi keputusan 2-1.
Jaringan berganda oleh Tchetche Kipre memberikan tiga mata untuk Harimau Kumbang, sementara Faith Obilor menghasilkan gol sendiri memihak pasukan pelawat. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram