[VIDEO] Wanita OKU ada sejarah mental maut terjatuh dari tingkat 15 apartmen di Shah Alam


  • Kes
  • Sabtu, 04 Okt 2025

Pihak polis berada di tempat kejadian untuk menyiasat kejadian tersebut.

SEORANG wanita yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) ditemui meninggal dunia di tempat letak kereta sebuah apartmen di Ken Rimba, Seksyen 16, Shah Alam pada Jumaat.

Ketua Polis Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata pihak polis menerima laporan sekitar pukul 6.15 petang.

Berdasarkan video tular di laman Threads, wanita tersebut dikatakan ada sejarah pesakit mental terjatuh dari tingkat 15 apartmen itu lalu meninggal dunia di tempat kejadian.

BACA LAGI: [VIDEO] Dakwa cedera dipukul pemandu mengundur, polis siasat kes gaduh dekat lampu isyarat di Klang

BACA LAGI: Warden sahkan perpindahan pelajar ada kaitan kes Zara Qairina, tapi punca tak diketahui

Pihak ambulans berada di tempat kejadian untuk membawa mayat mangsa.

Semasa menerima laporan, pihak polis diberitahu mangsa jatuh dari tingkat 15 apartmen tersebut.

Ketika melakukan siasatan, pihak polis tidak menemui sebarang tanda pukul, cedera atau kesan lebam pada pada badan mangsa.

"Siasatan awal mendapat wanita itu jatuh daripada tingkat 15 apartmen tersebut lalu mati di tempat kejadian.

"Semakan mendapati yang dia adalah penduduk di situ dan pemegang kad OKU bagi masalah kesihatan mental," ujar Mohd Iqbal.

Kes tersebut dikelaskan sebagai mati mengejut oleh pihak polis. — The Star/JUSTIN ZACK

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram