[VIDEO] Pempengaruh warga emas China maut, pesawat ringan kemalangan masa buat 'live'


  • Benua
  • Sabtu, 04 Okt 2025

Tang (kiri) maut semasa melakukan siaran langsung di China. — Agensi

SEORANG pempengaruh terkenal dari China yang sering melakukan kandungan berkaitan penerbangan menemui ajalnya semasa melakukan siaran langsung.

Pempengaruh yang dikenali sebagai Tang Feiji, 55, itu meninggal dunia pada 27 September semasa melakukan penerbangan menggunakan pesawat ultra ringan tunggal (ultra aircraft) miliknya di daerah Jiange, wilayah Sinchuan.

Dalam video tersebut, Tang yang sedang menaiki pesawat itu tiba-tiba saja terjunam ke tanah lalu terbakar.

BACA LAGI: [VIDEO] Bengang dituduh alami masalah mental, wanita Jawa Tengah nekad simbah minyak tanah ke anggota polis

BACA LAGI: [VIDEO] Buka tali keselamatan ketika 'selfie', pendaki maut jatuh dari Gunung Nama

Ketika siaran langsung itu berjalan, para penonton maya banyak meninggalkan komen "selamatkan dia" agar Tang tidak berdepan nasib lebih sukar.

Malangnya, pempengaruh yang mempunyai 100,000 pengikut di laman sosial Douyin (aplikasi dari China) itu tidak dapat diselamatkan lalu meninggal dunia.

Menurut salah seorang penonton, kejadian itu berlaku selepas Tang pada mulanya berhenti untuk membetulkan kameranya supaya memberikan sudut terbaik semasa siaran langsung.

"Semasa penerbangan kali pertama, saya perasan sudut kamera tidak begitu baik. Tang kemudiannya mendarat semula untuk betulkannya dan kemalangan itu berlaku semasa penerbangan kedua. Ia satu kejadian yang menyayat hati.

"Tang mengisi semula minyak dan memeriksa pesawat itu sebelum terbang semula," kata salah seorang penonton.

Ketika kejadian, Tang tidak memakai sebarang peralatan keselamatan atau topi keledar.

Dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak berkuasa. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram