
NAMA pemain baharu Liverpool, Florian Wirtz semakin meiniti di bibir peminat sejak dia mula menyertai kelab itu pada jendela perpindahan musim panas lalu.
Dibawa masuk dengan £116 juta (RM656 juta), Wirtz bagaimana pun masih belum memberikan impak yang diharapkan selaras dengan harga yang menjadikannya pemain kedua termahal dalam sejarah bola sepak Britain.
Kini digelar 008 (zero goal, zero assist, eight games), adakah Wirtz terbeban kerana tag harga atau tak sesuai dengan taktikal Arne Slot?
BACA LAGI: [VIDEO] Fans kelab Turkiye buat hal, tak tidur lena pemain Liverpool dibuatnya
BACA LAGI: ‘Entahlah, tak tahu bila nak jaringkan gol’, Wirtz masih sesuaikan diri bersama Liverpool
Impak masih tiada
Perkara yang ketara mengenai prestasi Wirtz di Liverpool adalah betapa minimumnya prestasinya di padang baik di peringkat domestik atau Eropah.
Setakat ini, Wirtz yang merupakan pemain tengah menyerang masih belum melakukan sebarang sumbangan kepada gol-gol Liverpool sama ada jaringan atau bantuan jaringan.
Wirtz masih belum menyerlah di Liverpool. — Agensi
Dari satu perlawanan ke satu perlawanan, Wirtz terus menjadi perhatian sama ada impaknya akan akhirnya menyerlah atau persembahannya terus malap.
Walaupun begitu, Wirtz tetap menunjukkan potensi menerusi persembahannya walaupun kebelakangan ini terserlah kurangnya impaknya di padang seperti Mohamed Salah.
Terbeban kerana tag harga?
Ramai yang mula terfikir apakah yang menjadi punca kepada rendahnya impak Wirtz di padang untuk Liverpool.
Salah satu perkara adalah kerana tag harga, adakah menjadi pemain kedua termahal dalam bola sepak British membuatkan Wirtz tertekan untuk menghadapi segala jangkaan?
Adakah jersi nombor tujuh membebankan Wirtz? — Agensi
Dengan usia masih muda dan pertama kali di luar negara, sudah pasti Wirtz berasa tekanan apatah lagi mata semua tertumpu terarahnya dek kerana beraksi di liga paling ditonton dunia.
Ia mungkin bukan faktor utama, namun dengan tekanan media yang sememangnya tinggi di England mungkin memberi kesan kepada Wirtz.
Adakah kerana faktor taktikal?
Satu perkara lagi yang menjadi kemungkinan adalah adakah kerana faktor taktikal yang diterapkan oleh Arne Slot?
Taktikal Slot dilihat tidak dapat mengeluarkan potensi terbaik oleh Wirtz setakat ini dengan Liverpool kelihatan semakin mudah diagak pergerakannya oleh pihak lawan.
Wirtz adalah pemain pilihan Arne Slot. — Agensi
Namun begitu, Wirtz adalah pemain pilihan Slot untuk dibawa masuk jadi semestinya dia mempunyai segala yang diperlukan pengurus itu untuk membawa kejayaan buat Liverpool.
Antara tag harga atau taktikal, misteri lemaunya persembahan Wirtz di Liverpool masih menjadi tanda tanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram