
JIKA anda merancang untuk berjalan-jalan ke Bandaraya Kuala Lumpur pada hujung minggu ini, lebih baik jika perancangan dilakukan.
Hal ini kerana, hujung minggu ini terutamanya pada Ahad akan menyaksikan hampir 30 jalan sekitar Kuala Lumpur akan ditutup.
Penutupan jalan itu selaras dengan penganjuran sebuah pertandingan marathon yang diadakan pada Ahad.
BACA LAGI: [VIDEO] Dr. Kartini kongsi pengalaman, ‘slow swimmer’ jauh bagus berbanding ‘slow runner’
BACA LAGI: [VIDEO] Larian 444km Kak Tutu lambang perkasa wanita Malaysia
Menurut perkongsian warganet, aweeff, di laman Threads, dia mengingatkan orang ramai agar merancang perjalanan supaya tidak terganggu kerana penganjuran acara marathon yang diadakan "setahun sekali" itu.
"Elak memandu masuk ke Kuala Lumpur pada 5 Oktober ini. Penutupan jalan raya hampir seluruh Kuala Lumpur untuk memberi laluan kepada acara sukan utama di Malaysia iaitu marathon.
"Nanti jangan marah-marah, maki hamun anggota polis, dewan bandaraya, marshall, kru yang terlibat. Kita dah ingatkan awal-awal. Benda buat setahun sekali je, bertabahlah," katanya.
Penutupan itu menyaksikan sebanyak 29 jalan akan ditutup secara berperingkat bermula dari Jumaat dan Sabtu ini.
Jalan-jalan tersebut mula ditutup dari 10 malam, 11 malam, 3 pagi dan 5 pagi dan akan dibuka semula kepada pengguna jalan raya bermula 8.30 pagi, 9.30 pagi dan 11 pagi pada Sabtu dan Ahad.
Antara jalan-jalan yang terkesan adalah Jalan Raja Laut, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tun Razak dan Jalan Kuching.
Malah, bulatan seperti Bulatan Segambut, serta dua lebuh raya iaitu Lebuh Raya AKLEH dan Lebuh Raya DUKE turut ditutup.
Oleh itu, orang ramai diminta untuk merancang perjalanan dan mengelak memasuki Kuala Lumpur jika tiada urusan penting.
Jika perlu, penggunaan pengangkutan awam amat digalakkan untuk mengelakkan kesesakan melampau. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram