
KETUA pasukan Selangor FC, Faisal Halim tidak mahu menuding jari sesama sendiri antara dia dengan rakan sepasukan atas prestasi kurang baik Gergasi Merah.
Usai kekalahan 2-4 kepada Lion City Sailors (LCS) dalam saingan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACLTwo) pada Rabu, Selangor kini menduduki tangga tercorot kumpulan G tanpa sebarang kemenangan.
Bagi Faisal, semua pemain perlu bertanggungjawab atas prestasi buruk Selangor terutamanya di peringkat Asia ketika ini.
BACA LAGI: Bukannya jersi, fans cilik Piala Sultan Selangor sebaliknya minta ‘cenderahati’ dari pengadil
BACA LAGI: 'Isyarat SOS Kino tidak boleh diabaikan pengurusan Selangor walaupun dia sudah direhatkan'
Faisal (kanan) dan Chrigor Moraes (kiri) merupakan penjaring gol Selangor ketika bertemu LCS. — Facebook/Selangor FC
"Kami tidak mahu menuding jari kepada sesiapa. Sebagai pasukan, setiap seorang daripada kami perlu mengambil tanggungjawab.
"Kami akan belajar daripada perlawanan ini. Kami masih mempunyai masa untuk membaiki diri kami dan bersedia untuk perlawanan seterusnya.
"Jurulatih ada pelan namun kami melakukannya dengan berbeza dan memboloskan gol mudah. Ini adalah bola sepak bertahap tinggi dan kesilapan kecil akan dihukum," ujar Faisal.
Walaupun di kedudukan terbawah, Faisal yang menjaringkan gol bertemu LCS optimis yang Selangor masih mampu bangkit daripada detik sukar dan berjaya mara ke pusingan seterusnya.
Kebangkitan itu boleh bermula dalam tugasan Liga Super apabila Selangor akan bertemu Imigresen FC pada Ahad.
"Saya bersyukur yang penyokong datang jauh ke Singapura untuk menyokong kami, tapi kami mohon maaf kerana tidak dapat menang. Persembahan itu tidak cukup baik daripada kami.
"Kami berjanji akan bangkit semula, jadi lebih baik dan baiki apa yang perlu," ujarnya. — The Star/T. AVINESHWARAN
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram