Sudah cetak 4 gol, fans Terengganu 'order' Yann Mabella hatrik lawan KTRW


  • Podium
  • Jumaat, 03 Okt 2025

Yann Mabella menjadi sandaran untuk mendapatkan tiga mata bertemu KTRW.

TERENGGANU FC boleh dikatakan berada pada kedudukan yang baik apabila mereka menghuni tempat ketiga Liga Super selepas enam perlawanan.

Mengutip 10 mata, jumlah itu boleh digandakan kepada 13 apabila mereka turun menentang Kelantan The Real Warriors (KTRW) di laman sendiri pada Jumaat dengan sepak mula pada 9 malam.

Dengan kelab ketika ini berada dalam keadaan baik terutamanya apabila pelbagai penajaan mula masuk, penyokong jelas berharap aura positif itu boleh dibawa ke padang.

BACA LAGI: Sekejap saja sudah bersinar, trio NS-Kuching-TFC pantas curi hati penyokong

BACA LAGI: Mahu jadi pencabar? Terengganu perlu buktikan diri setiap kali berdepan 'big boys'

Menentang KTRW yang kini di tempat keenam, penyokong Terengganu jelas yakin mereka boleh menumpaskan jiran tetangga mereka itu dalam pertemuan seluruh Pantai Timur.

Harapan mereka terletak kepada penyerang import mereka iaitu Yann Mabella untuk memburu jaringan sekali gus mendapatkan kemenangan.

Dengan Mabella kini berkongsi tempat ketiga senarai penjaring terbanyak Liga Super dengan empat gol, penyokong-penyokong Terengganu 'order' agar dia akan terus merobek gawang lawan.

Bukan sekadar mahukan gol, penyokong Terengganu inginkan Mabella untuk menghasilkan hatrik bertemu kelab Kelantan itu.

"Kalau boleh masa perlawanan harapnya penyerang kita iaitu Yann Mabella menjaringkan hatrik dan Terengganu kenduri gol lagi syok, jangan mensia-siakan peluang main di stadium keramat kita," kata penyokong bernama Afiz Nurshazaf.

"Menarik malam ni, Mabella hatrik," ujar Ahmad Kucher. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram