[VIDEO] Dari sukan gimnas ke ragbi, prospek original Ampang mahu julang Malaysia ke Piala Dunia


  • Podium
  • Khamis, 07 Ogos 2025

Zacrenna selepas ini akan mewakili pasukannya, AFTA dalam Selangor Touch Fiesta yang berlangsung pada 15 hingga 17 Ogos ini.

SIAPA sangka transisi dari gimnastik ke sukan touch memberi satu pengalaman yang memuaskan untuk atlet cilik, Zacrenna Felisha Zaiful Badri dengan dia kini berimpian besar untuk mahu membawa Malaysia ke Piala Dunia satu hari nanti.

Atlet cilik berusia 12 tahun ini merupakan antara prospek sukan touch paling menyerlah di negara, yang kini sedang memberi fokus sepenuhnya untuk Selangor Touch Fiesta mewakili pasukannya iaitu All For Touch Academy (AFTA). 

Walaupun pada awalnya bergelut dengan peralihan dari gimnastik ke ragbi, semangat dan keazaman tinggi membawanya menyertai AFTA, yang menjadi titik tolak kepada peningkatan prestasinya.

BACA LAGI: 104 pasukan sertai Selangor Touch Fiesta, medan cari bakat terbaik skuad kebangsaan

BACA LAGI: [VIDEO] Wakil P.Pinang kejutkan kuasa besar ragbi, Asyraf Wajdi umum semua MRSM diisytiharkan cuti Isnin

"Awal-awal memang saya struggle, memang susah. Tapi bila saya sertai AFTA, improvement makin baik,," katanya kepada Majoriti, sambil memberitahu dia bermain sukan sejak usia 10 tahun bermula Julai 2023. 

Selain aktif bersama AFTA, prospek kelahiran Ampang, Selangor berkenaan juga merupakan pemain untuk pasukan Unicorn iaitu sebuah kelab sukan touch di sekolahnya, Sekolah Kebangsaan (SK) Ampang. 

Bagi Zacrenna, touch adalah satu sukan yang menyeronokkan walaupun memerlukan ketahanan fizikal dan mental susulan akan terdedah dengan banyak kecederaan. 

"Rugby touch sangat seronok. Tapi, dia akan macam cedera dan luka bila kami dive. Tapi, saya tak kisah sangat cedera. Tak nafikan memang kadang-kadang akan cedera tapi memang kena tahan sakit itu. 

"Selama saya main ini, kemungkinan lutut saya hari itu macam sakit. Dan selepas itu memang tak boleh gerak tetapi sekarang dah okay dah. My knee hurt just because I not dive for the score. Memang pengorbanan," jelasnya sambil ketawa kecil.

Zacrenna bermain di posisi middle, dan sebelum terpilih ke pasukan utama sekolah, dia berkali-kali mencuba sesi pemilihan tanpa putus asa. 

Sepanjang penglibatannya, Zacrenna sudah menyertai pelbagai kejohanan, namun kejohanan All Girls Touch Rugby (AGTR) paling diingatinya berikutan di situlah, segala latihan dan kemahirannya mula menyerlah walaupun pasukannya tewas di pentas akhir.

Zacrenna ketika bermain bersama AFTA. 

"Pada mulanya, saya telah menyertai beberapa sesi pemilihan di sekolah, banyak kali juga saya cuba, tetapi tidak terpilih. Ketika saya berumur 10 tahun, saya mencuba sekali lagi kerana saya tidak mahu berputus asa.

"Waktu itu juga merupakan kali pertama saya melihat sukan ragbi sentuh, dan saya terus rasa benda ini seronok. Selepas menyertai pemilihan tersebut, saya akhirnya terpilih dan terus menyertai pasukan Unicorn dan AFTA," jelasnya. 

Bila ditanya tentang impian masa depan, jawapan Zacrenna cukup jelas bahawa mahu menjadikan sukan touch sebagai platformnya membawa nama Malaysia ke pentas dunia pada suatu hari nanti. 

“Memang impian saya nak pergi jauh dengan ragbi. Dulu rasa nak main sekejap saja tapi bila dah main dengan AFTA dan Unicorn, saya rasa ini memang jalan saya. Saya nak wakil negara dan main di Piala Dunia," jelasnya. 

Zacrenna juga bermain untuk pasukan sekolahnya iaitu Unicorn.

Touch ataupun ada yang memanggilnya sebagai ragbi sentuh ialah permainan dimainkan oleh dua pasukan dengan enam pemain setiap satu.

Menggalakkan kemahiran asas seperti berlari, menghantar, menangkap, mengelak dan permainan sokongan, sukan touch dimainkan dengan sentuhan minimum tanpa kontak fizikal kasar menggunakan bola menyerupai ragbi.  — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram