
KESEMUA peserta Global Sumud Flotilla termasuk 15 rakyat Malaysia yang ditahan oleh tentera negara rejim akan dihantar ke Eropah.
Memetik kenyataan dikeluarkan oleh Kementerian Luar Israel pada Khamis, kesemua 201 peserta misi tersebut berada dalam keadaan selamat dan sihat.
Namun begitu, mereka akan dihantar ke Eropah dengan proses tersebut akan dijalankan dalam masa terdekat.
BACA LAGI: Malaysia guna cara diplomatik lepaskan 15 rakyat ditahan tentera rejim
"Penumpang Sumud dalam kapal mereka berjalan dengan selamat dan aman ke Israel, di mana urusan menghantar semula mereka ke Eropah akan bermula.
"Kesemua penumpang berada dalam keadaan selamat dan sihat," ujar kementerian itu.
Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, sebanyak 14 kapal flotilla yang sudah dipintas oleh negara rejim itu.
Baki peserta misi dilaporkan masih meneruskan perjalanan untuk memasuki Gaza, Palestin dengan jarak kapal dengan kawasan bergolak itu adalah sekitar 100 kilometer.
Artis seperti Zizi Kirana dan adik-beradik Heliza dan Hazwani Helmi antara 15 rakyat Malaysia yang ditahan negara rejim tersebut. — The Star/RAGANANTHINI VETHASALAM
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram