
MANCHESTER United berkemungkinan akan melepaskan pengurus mereka, Ruben Amorim sekiranya prestasi mereka berterusan tidak berada dalam keadaan baik.
Dengan potensi Amorim bakal dipecat, United dijangka perlu menyediakan beberapa juta untuk membayar pampasan kerana melepaskan pengurus dari Portugal itu.
Sebelum Amorim, United sudah pun mengeluarkan puluhan juta pound untuk membayar pampasan kepada pengurus-pengurus yang dipecat.
BACA LAGI: Ruben Amorim hampir pasti dipecat Man United, 2 pengurus EPL berkaliber jadi calon pengganti
BACA LAGI: Amorim kekal walaupun tewas final Europa, nama Zidane masih meniti di bibir fans Man United
Ole Gunnar Solskjaer
Ketika dia datang, Ole Gunnar Solskjaer diangkat sebagai wira hingga penyokong United menyanyikan lagu "Ole's at the wheels."
Sokongan tersebut menandakan Solskjaer berjaya menstabilkan skuad United ketika itu yang dilihat goyah dari segi prestasi.
Tempoh terbaik Solskjaer bersama United adalah ketika menjadi pengendali sementara. — Agensi
Namun begitu, apabila prestasi dalam skuad United kembali merudum, kedudukan Solskjaer mula goyah dan dia akhirnya meninggalkan kelab pada 2021 selepas mereka tumpash 1-4 kepada Watford.
Apabila meninggalkan United, Solskjaer menerima pampasan sebanyak £9.1 juta atau RM52 juta.
Erik ten Hag
Pengurus dari Belanda itu hadir dengan reputasi tinggi selepas berjaya membina skuad berkualiti tinggi bersama Ajax Amsterdam pada musim 2018/2019 hingga berjaya layak ke separuh akhir Liga Juara-Juara UEFA (UCL).
Akan tetapi, tempoh Ten Hag di United tidak begitu menjadi seperti diharapkan walaupun dia berjaya membimbing kelab itu memenangi Piala Liga Inggeris dan Piala FA.
Ten Hag hadir ke United dengan reputasi besar bersama Ajax. — Agensi
Namun begitu, kedudukan dalam liga serta persembahan tidak memuaskan dalam kejohanan Eropah membuatkan mengapa penyokong dan kelab hilang sabar kepadanya.
Dilepaskan pada Oktober 2024, United membayar Ten Hag sebanyak £10.4 juta (RM59 juta) untuk pampasan.
Jose Mourinho
Satu lagi pengurus yang berprofil tinggi pernah membimbing United adalah Jose Mourinho atau The Special One.
Mourinho dianggap sebagai pengurus paling berjaya United pasca era Sir Alex Ferguson apabila berjaya membimbing kelab itu meraih Piala Liga Inggeris dan Liga Europa pada musim 2016/2017.
Mourinho meraih dua piala bersama United. — Agensi
Malah, dia turut membawa United menduduki tempat kedua liga dengan itu disifatkan sebagai pencapaian terbaiknya sepanjang menjadi pengurus.
Mourinho dilepaskan pada musim 2018/2019 apabila sindrom musim ketiga yang sinonim dengannya mula datang.
Oleh itu, United membayar sebanyak £19.6 juta (RM111 juta) pampasan apabila memilih untuk melepaskannya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram