Rodrigo Holgado terbang ke Malaysia, mahu selesaikan isu digantung FIFA


  • Podium
  • Khamis, 02 Okt 2025

Holgado (tengah) dikatakan terbang ke Malaysia untuk menyelesaikan isunya digantung FIFA.

PEMAIN warisan negara, Rodrigo Holgado dikatakan berada di Malaysia untuk menyelesaikan isunya digantung selama setahun daripada aktiviti bola sepak oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Memetik laporan Malayan Football, Holgado yang bermain untuk America de Cali itu terbang bersama wakilnya ke Malaysia bagi menyelesaikan perkara tersebut.

Dengan tempoh rayuan selama 10 hari diberikan FIFA sejak Jumaat lalu, Holgado jelas tidak boleh membuang masa untuk menyelamatkan kariernya.

BACA LAGI: Pemalsuan dokumen, 7 bintang warisan Harimau Malaya digantung

BACA LAGI: Hamidin terbang ke ibu pejabat FIFA, kemuka rayuan isu skandal pemain warisan

"Rodrigo Holgado kini berada di Malaysia bersama wakilnya. Pemain America de Cali itu berangkat selepas dikenakan sekatan FIFA terhadap pasukan kebangsaan dan enam pemain lain.

"Penyerang itu berharap situasi tersebut dapat diselesaikan dengan mengambil kira tempoh 10 hari untuk melakukan rayuan," katanya.

Selain Holgado, terdapat enam lagi pemain lain yang dikenakan hukuman serupa oleh FIFA.

Facundo Garces, Joao Figeuiredo, Hector Hevel, Jon Irazabal, Imanol Machuca dan Gabriel Palmero adalah enam pemain lain yang turut digantung FIFA serta didenda CHF2,000 (RM10560.75).

Ketujuh-tujuh pemain itu sebelum ini turun ketika Malaysia menewaskan Vietnam dalam kelayakan Piala Asia 2027 pada Jun lalu.

FAM ketika ini sedang menantikan keputusan penghakiman penuh oleh FIFA mengenai isu ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram