[VIDEO] Bijaknya kanak-kanak di Melaka, guna saluran betul mohon tiang gol bola sepak


  • Massa
  • Isnin, 29 Sep 2025

Kanak-kanak di Duyong bijak memohon bantuan terus daripada saluran yang tepat.

NAMA Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem sentiasa menjadi sebutan kerana keramahannya dalam melayan penduduk kawasannya.

ADUN Melaka itu dilihat sering berinteraksi bersama penduduk dengan mesra sambil menyelesaikan masalah dihadapi mereka.

Baru-baru ini, Helmy menunaikan permintaan daripada sekumpulan kanak-kanak di Pangsapuri Pertam Jaya Idaman, Melaka  yang mahukan tiang gol untuk mereka bermain bola.

BACA LAGI: [VIDEO] Pak Cik Waibee sekali lagi jadi hero rakyat, ADUN Duyong bantu 3 beradik tak bersekolah

BACA LAGI: 'Terima kasih sebab datang', guru coret kisah murid berkasut koyak semangat hadir sekolah

Kanak-kanak tersebut jelas gembira apabila permintaan mereka ditunaikan oleh Helmy sekali gus dapat bermain bola lengkap dengan kemudahan tiang gol.

Apa yang menarik, kanak-kanak tersebut dilihat bijak menggunakan saluran yang betul apabila mereka pergi kepada wakil rakyat untuk mendapatkan sesuatu.

Malah, cara mereka meminta tiang gol itu dilihat sopan dan beradab apabila bercakap dengan seseorang lebih berusia daripada mereka.

Tindakan mereka itu nyata dipuji oleh warganet apabila permintaan itu seolah menunjukkan kemahuan kanak-kanak itu untuk bersukan berbanding terperap saja di rumah.

"Ha order order, sebut je, jaranglah tak dapat," kata Sazreen Amin.

"Kemain sedap kau meminta ya," komen Khal Mia.

"Selagi mereka tak mintak benda yang bukan-bukan, lagi pun lagi elok daripada main telefon 24 jam," ujar Asrip Bachang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram