
KERAJAAN akan menggunakan cara diplomatik bagi memastikan rakyat Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) ditahan oleh tentera rejim dapat dibebaskan tanpa syarat.
Setakat ini, seramai 15 rakyat Malaysia yang ditahan oleh tentera rejim apabila kapal yang dinaiki mereka dipintas semasa menghampiri Gaza, Palestin untuk menghantar bantuan.
Menurut Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata pada Khamis, kerajaan menggunakan cara diplomatik bagi memastikan semua yang ditahan dapat pulang dengan selamat.
BACA LAGI: Netanyahu lulus strategi perang kuasai Gaza sepenuhnya
BACA LAGI: Kanada jatuhkan 10 tan bantuan kemanusiaan dari udara Gaza bersama 5 negara
Datuk Fahmi Fadzil (tengah).
"Tindakan tersebut adalah satu perkara yang dikecam oleh kerajaan Malaysia.
"Kami akan menggunakan saluran diplomatik untuk menyelesaikan masalah tersebut melibatkan rakyat Malaysia yang diculik untuk memastikan mereka dibebaskan dan pulang segera ke Malaysia," kata Fahmi.
Seramai 15 rakyat Malaysia termasuk penyanyi, Zizi Kirana antara yang ditahan oleh tentera rejim dengan mereka menghantar isyarat bantuan atau SOS semasa ia berlaku.
Mereka ditahan ketika memasuki zon merah dengan jarak dengan Gaza adalah sejauh 100 kilometer.
Dalam perkembangan lain, terdapat tiga lagi rakyat Malaysia yang ditahan selepas kapal mereka dipintas oleh negara rejim.
Kapal Free Willy yang dinaiki oleh Muhd Haikal Luqman Zulkefli, Muhammad Hareez Adzrami (Haroqs) dan Dr Taufiq Mohd Razif itu dipintas oleh tentera rejim di perairan antarabangsa pada 7.53 pagi waktu Gaza.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam sekeras-kerasnya tindakan yang dilakukan oleh tentera rejim terhadap peserta GSF.
"Bebaskan mereka segera! Jangan bertindak kejam dan zalim kepada aktivis serta sukarelawan Malaysia dan antarabangsa," kata Anwar. — The Star/MARTIN CARVALHO
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram