[VIDEO] Masjid runtuh selepas solat Asar, pelajar sekolah pondok di Indonesia menjerit 'Allahuakbar' tersepit tahan kesakitan


  • Benua
  • Isnin, 29 Sep 2025

Pihak berkuasa berusaha mengeluarkan pelajar yang terperangkap dalam runtuhan di Indonesia pada Isnin.

SEKUMPULAN pelajar pondok di Indonesia berdepan masa sukar apabila terperangkap selepas masjid roboh ketika menunaikan solat Asar pada Isnin.

Memetik laporan di Indonesia, kejadian yang berlaku di Sekolah Berasrama Agama Al Khoziny di Buduran, Sidoarjo, Jawa Timur dengan masjid setinggi tiga tingkat itu runtuh selepas solat Asar dilaksanakan.

Ketika kejadian, kedengaran para pelajar yang terdiri daripada pelajar lelaki menjerit meminta tolong.

BACA LAGI: Merantau lebih 5,000km ke Banten, 'lamaran' vlogger dari India ditolak gadis Indonesia

BACA LAGI: Pernah dihina kawan, wanita kampung kini usahawan berjaya, bina empayar produk kecantikan seluruh Indonesia

Setakat ini, pihak berkuasa sedang giat menjalankan misi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengeluarkan mangsa yang dianggarkan sekitar 100 orang.

Pihak berkuasa mengatakan yang mereka tidak akan menghentikan sebarang misi SAR sehingga kesemua mangsa dapat diselamatkan.

Setakat ini, pihak berkuasa sudah dapat menyelamatkan dua pelajar yang terperangkap.

Semasa dikeluarkan, pelajar tersebut dilihat menjerit "Allahuakbar" (ALLAH maha besar) ketika menahan sakit meminta bantuan.

Mujur ketika itu, pihak ambulans sudah bersedia untuk memberikan bantuan kecemasan kepada pelajar tersebut.

Kedua-dua mangsa yang dikeluarkan itu bagaimana pun tidak dapat dipastikan statusnya selepas itu dengan pihak berkuasa akan memberikan laporan dalam masa terdekat.

Sebelum itu, ketua kawasan kejiranan tempat sekolah itu berada yang dikenali sebagai Munir memberitahu masjid tersebut sebenarnya masih belum siap sepenuhnya untuk digunakan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram