Hamidin terbang ke ibu pejabat FIFA, kemuka rayuan isu skandal pemain warisan


  • Podium
  • Ahad, 28 Sep 2025

Hamidin terbang ke Zurich untuk merayu mengenai kes pemain warisan Malaysia.

PRESIDEN Kehormat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin dilaporkan terus ke ibu pejabat Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) di Zurich, Switzerland untuk merayu mengenai isu skandal pemain warisan Harimau Malaya.

Difahamkan, Hamidin yang juga Ahli Majlis FIFA terbang ke Zurich pada Ahad bagi membolehkan rayuan dibuat dengan FIFA memberikan tempoh masa selama 10 hari untuk FAM melakukannya.

Sebelum ini, FIFA menghukum FAM serta tujuh pemain warisan atas kesalahan penyelewengan serta pemalsuan dokumen.

BACA LAGI: Pemalsuan dokumen, 7 bintang warisan Harimau Malaya digantung

BACA LAGI: Skandal warisan FAM: Sumber dalaman dedah tak mustahil kemenangan ke atas Vietnam terbatal

Isu pemain warisan ini telah menggemparkan bola sepak tempatan dan antarabangsa.

Tujuh pemain tersebtu adalah Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal, and Hector Hevel.

Mereka sebelum ini turun bersama Malaysia ketika menewaskan Vietnam dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 pada 10 Jun di Kuala Lumpur.

Setiap pemain didenda oleh FIFA sebanyak CHF (Swiss Francs) 2,000 atau RM10,570 manakala FAM dihukum CHF350,000 (RM1.85 juta).

Malah, kesemua tujuh pemain warisan itu turut digantung daripada menyertai sebarang aktiviti bola sepak selama 12 bulan.

FIFA memberi masa selama 10 hari untuk merayu dan tempoh itu perlu digunakan sebaiknya oleh FAM bagi menyelamatkan keadaan. — The Star/T. AVINESHWARAN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram