Pengurus dipecat kelab EPL kini dalam radar Man United


  • Podium
  • Ahad, 28 Sep 2025

Graham Potter mungkin akan menyertai kelab baharu.

SELEPAS dipecat oleh West Ham United, Graham Potter terus berada dalam radar satu lagi kelab Liga Perdana Inggeris (EPL).

Kelab yang dimaksudkan adalah Manchester United yang sama seperti West Ham, mengalami masalah bergelut mendapatkan prestasi terbaik.

Memetik laporan dari Sepanyol, Potter berada dalam radar United seandainya mereka ingin melepaskan Ruben Amorim.

BACA LAGI: Ruben Amorim hampir pasti dipecat Man United, 2 pengurus EPL berkaliber jadi calon pengganti

BACA LAGI: Amorim kekal walaupun tewas final Europa, nama Zidane masih meniti di bibir fans Man United

Graham Potter dilepaskan oleh West Ham United akibat keputusan buruk. — Agensi

Pengurusan tertinggi mula mempertimbang mendapatkan khidmat Potter dengan mereka mula mencari beberapa nama yang bersesuaian bagi menggantikan Amorim.

Sebelum ini, United turut dikaitkan dengan pengurus Crystal Palace, Oliver Glasner dan pengendali Bournemouth, Andoni Iraola.

Potter merupakan antara pengurus terbaik England dengan dia mempunyai kecenderungan membina skuad dalam kalangan pemain muda.

Dia juga seorang yang menggemari permainan tekanan tinggi yang sering diterapkan kelab-kelab Eropah sekarang.

United dikatakan masih teguh untuk meneruskan kerjasama mereka bersama Amorim walaupun deretan kekalahan dicipta oleh kelab itu.

Namun dengan tekanan semakin memuncak terutamanya daripada penyokong, beberapa aksi seterusnya pasti menjadi tumpuan sama ada Amorim masih mampu melakukannya atau tidak.

United tumpas 1-3 kepada Brentford pada Sabtu dan itu meletakkan kelab tersebut di kedudukan ke-14 selepas enam perlawanan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram