
SEJADAH merupakan salah satu daripada alat yang digunakan untuk menunaikan solat bagi orang Muslim.
Kain sejadah ini menjadi lapik kepada si pengguna apabila hendak sujud sesama menghadap ALLAH.
Ia juga tanda yang Islam sebagai sebuah agama, mementingkan kebersihan terutamanya semasa hendak melakukan ibadah.
BACA LAGI: [VIDEO] Ada sebab larangan buat ‘backflip’ diwujudkan
BACA LAGI: [VIDEO] 'Laju-laju nak pergi mana', ibu bapa risau masih ramai gagal patuhi had laju depan sekolah
Sejadah yang masih baik lebih elok dihantar ke masjid atau surau. — Threads/adamdryx
Akan tetapi, sejadah semakin lama akan semakin usang dan ia akan tidak digunakan apabila orang mula mendapatkan yang baharu.
Ketika itu, janganlah ia dibuang sekiranya masih elok sebaliknya dermakanlah ia kepada surau atau masjid yang memerlukan.
Bagi salah seorang warganet dikenali sebagai adamdryx, dia tidak faham mengapa masih ada pihak yang membuang sejadah walaupun ia masih dalam keadaan elok.
Padanya, jika sudah tidak digunakan eloklah diberikan kepada masjid atau surau kerana masih boleh digunakan oleh orang lain.
"Aku tak boleh nak faham orang yang buang sejadah di tong sampah.
"Apa salahnya kau basuh bersih-bersih lepas tu hantar ke surau?," soalnya.
Jika sejadah tersebut diserahkan kepada surau atau masjid yang memerlukan, ia pastinya dapat digunakan oleh orang lain yang mahu beribadah.
Malah, mungkin si pemberi berpeluang mendapat pahala kerana bersedekah. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram