
PENGURUS Liverpool, Arne Slot meningatkan penyokong untuk tidak terlalu berharap yang penyerang baharu, Alexander Isak mencipta impak segera.
Kata Slot, Isak yang baru saja dibeli dengan rekod perpindahan bola sepak British sebanyak £125 juta (RM711 juta) masih lagi 'berkarat' dan belum bersedia untuk beraksi.
Hal ini disebabkan yang Isak tidak menjalani latihan pra-musim untuk membina kecergasannya rentetan drama perpindahannya dari Newcastle United ke Liverpool.
BACA LAGI: ‘Entahlah, tak tahu bila nak jaringkan gol’, Wirtz masih sesuaikan diri bersama Liverpool
BACA LAGI: Penyokong Man United boleh lupakan EPL, Liverpool dan Arsenal paling cerah bergelar juara
Slot berkata, Isak mungkin tidak akan diturunkan selama 90 minit dalam perlawanan liga menentang Burnley pada Ahad dengan pengurus itu mahu memastikan proses mendapatkan kecergasan penyerang Sweden itu berjalan lancar.
Isak masih belum bermain sebarang aksi kompetitif di peringkat kelab, namun bersama Sweden dia beraksi sebagai pemain gantian semasa menewaskan Kosovo pada 9 September.
"Pertama sekali, pengurus Sweden, Jon Dahl Tomasson berhak menerima penghargaan setingginya kerana dia mungkin mempunyai penyerang terbaik di dunia dan saya memahami dia memerlukan Isak beraksi buat negaranya, tapi dia faham yang Isak boleh cedera jika diturunkan.
"Oleh itu dia menjaga Isak dengan baik dan berhak mendapat penghargaan kerana itu," jelas Slot.
Tambah Slot lagi, dia memerlukan masa sebelum boleh membenarkan Isak beraksi selama 90 minit.
Walaupun sedar penyokong Liverpool tidak sabar melihat aksi Isak, Slot meminta mereka untuk bersabar.
"Kami akan beri layanan serupa kepada Isak, jadi jangan harapkan dia beraksi 90 minit setiap minggu, dia terlepas pra-musim dan sesi berpasukan jadi kami perlu membina kecergasannya sedikit demi sedikit.
"Itu akan menjadi cabaran, kami mendapatkannya dengan kontrak enam tahun, jadi penyokong perlu ingat itu semasa saya turunkan dia," jelas Klopp. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram