
PELAKSAAN program rasionalisasi subsidi minyak RON95 yang dikenali sebagai BUDI95 sudah bermula apabila anggota beruniform menjadi kumpulan pertama menikmatinya bermula Sabtu.
Dengan ia boleh diakses kepada rakyat Malaysia mempunyai kad pengenalan (MyKad) dan lesen memandu pada Selasa, persoalan timbul sama ada adakah stesen minyak akan menjadi sesak kerana proses pengesahan?
Persoalan tersebut dilihat mempunyai jawapannya apabila anggota beruniform yang sudah menggunakan BUDI95 dilihat tidak berdepan pelbagai proses untuk mengesahkan MyKad.
BACA LAGI: Bukan setakat kereta, BUDI95 boleh guna beli minyak bot memancing, jentera kecil pertanian
Menerusi perkongsian oleh Irfan Newboys di media sosial, proses pengesahan MyKad itu tidak mengambil masa terlalu lama untuk diuruskan oleh petugas stesen minyak.
"Semalam (Sabtu) anggota polis sudah boleh guna BUDI95. Nampaknya memang mudah urusan pengesahan kad pengenalan ni," katanya.
Dalam video tersebut, petugas stesen minyak itu hanya perlu memasukkan MyKad ke dalam mesin pengimbas khas untuk BUDI95.
Selepas itu, petugas akan menguruskan transaksi pembayaran sebelum urusan mengisi minyak boleh dijalankan.
Dengan proses yang dilihat tidak begitu sukar, rakyat dijangka tiada masalah semasa ingin mendapatkan BUDI95 di stesen minyak kelak. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram