
PEMAIN warisan kebangsaan, Richard Chin terus mempamerkan persembahan positif dalam kariernya bersama kelab Scotland, Raith Rovers.
Selepas mencuri perhatian penyokong dengan persembahannya yang baik setiap kali diturunkan, Richard mula membanggakan kelab apabila dia dipanggil menyertai Harimau Malaya.
Kini, Richard terus memenangi hati penyokongnya dengan satu lagi kejayaan baik dalam kariernya di Scotland.
BACA LAGI: Selangor rehatkan Kino awal musim, 3 warna-warni kisah pecat ketua jurulatih pernah hiasi Liga Super
BACA LAGI: Skuad Sumandak tunjuk belang, The Rhinos 'hilang tanduk' tanpa Kim Swee
Menentang Arbroath dalam aksi Liga Kejuaraan Scotland pada Sabtu, Richard diberikan kepercayaan untuk membarisi kesebelasan utama buat kali pertama.
Disangkakan itu sudah cukup baik, Richard menjadikan detik pertama kalinya dia menjadi pemain kesebelasan utama bersama Raith penuh bermakna apabila dia menjaringkan gol pertama untuk kelab.
Pada minit ke-65, Richard menyudahkan hantaran Dylan Easton untuk meletakkan Raith 2-0 di depan, gol itu kemudiannya membantu kelabnya meraih kemenangan 3-0.
Selepas perlawanan, Richard mengatakan ia adalah satu perasaan yang hebat dapat membuka akaun golnya di Scotland.
"Ia adalah satu perasaan yang hebat untuk akhirnya bermula," kata Richard di media sosialnya.
Raith kini di tangga kedua liga mengutip 14 mata daripada enam perlawanan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram