
PUSAT dobi merupakan tempat di mana orang ramai akan mencuci pakaian mereka menggunakan mesin basuh bersaiz besar.
Ada di antara mesin itu bersaiz yang amat besar hinggakan banyak pakaian boleh dicuci dalam satu-satu masa.
Namun begitu, besarnya sebuah mesin basuh di pusat dobi sering disalah gunakan oleh orang ramai.
BACA LAGI: [VIDEO] Ada sebab larangan buat ‘backflip’ diwujudkan
Sebagai contoh, pusat dobi melarang beberapa barangan seperti kasut, lapik kaki malah binatang dimasukkan ke dalam mesin basuh mereka.
Di media sosial, tular satu video di mana terdapat dua orang wanita cuba membasuh permaidani di pusat dobi.
Dalam kejadian yang tidak dapat dipastikan lokasi serta waktu kejadian, kedua-dua wanita itu dilihat cukup gigih untuk cuba memasukkan permaidani tersebut yang cukup besar namun tidak berjaya memuatkannya ke dalam mesin basuh itu.
Tindakan mereka itu mendapat perhatian pengguna dobi berdekatan, apabila menghampiri mereka turut terpinga-pinga dengan perbuatan dua wanita itu.
Jelas sekali, perbuatan mereka itu adalah salah dan berpotensi merosakkan mesin basuh tersebut.
Orang ramai tidak sepatutnya mencontohi perbuatan dua wanita tersebut kerana ia boleh menyebabkan kerosakan dan kerugian tinggi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram