
PEMAIN pertahanan naturalisasi negara, Gabriel Palmero digantung penyertaannya oleh kelabnya, Unionistas de Salamanca CF selepas menerima hukuman penggantungan 12 bulan daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Unionistas yang beraksi dalam divisyen ketiga liga Sepanyol itu memaklumkan, pihaknya telah menerima notis rasmi daripada Jawatankuasa Disiplin FIFA berhubung tindakan terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) serta tujuh pemain lain, termasuk Palmero.
“Unionistas de Salamanca CF telah menerima pemberitahuan mengenai hukuman yang dikenakan Jawatankuasa Disiplin FIFA terhadap FAM dan tujuh pemain.
BACA LAGI : [VIDEO] Proses kewarganegaraan pemain warisan ikut Perlembagaan Persekutuan — KDN
BACA LAGI : Pemalsuan dokumen, 7 bintang warisan Harimau Malaya digantung
Antara yang terlibat ialah pemain kami, Gabriel Palmero, kerana melanggar Artikel 22 Kod Disiplin FIFA,” jelas kenyataan rasmi kelab tersebut.
Menurut kelab itu lagi, Palmero kini dilarang terlibat dalam sebarang aktiviti bola sepak sehingga keputusan lanjut diumumkan selepas semua maklumat berkaitan kes dikumpul.
Palmero, 23, yang pernah meraih empat kaps bersama skuad Harimau Malaya sebelum ini dianggap prospek masa depan negara di posisi bek kiri.
Terdahulu, media melaporkan Perundangan America de Cali akan sentiasa berhubung dengan FAM bagi mengikuti rapat perkembangan kes penggantungan pemain mereka, Rodrigo Holgado.
America de Cali juga belum mengambil sebarang keputusan untuk menggugurkannya dari pasukan mahupun menamatkan kontraknya serta merta.
"Kami mahu memaklumkan bahawa pihak pengurusan menerima notis berhubung hukuman dikenakan FIFA terhadap pemain, Rodrigo Holgado yang digantung 12 bulan dari terlibat dalam sebarang aktiviti bola sepak serta merta.
"Pemain dan FAM sudah memfailkan rayuan berhubung hal tersebut terhadap Kod Disiplin FIFA supaya keputusan itu disemak semula oleh pihak berkuasa yang sepatutnya," tulis kelab tersebut dalam satu kenyataan. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram