
TIDAK dinafikan ramai yang gemar menghabiskan masa di kolam renang atau pun sungai bersama keluarga atau kawan-kawan.
Ketika itu, ada yang akan menunjukkan skil terjunan dengan pelbagai gaya yang pastinya menarik di mata.
Namun begitu, menarik di mata tidak semestinya elok dari segi keselamatan, sebagai contoh teknik terjunan backflip.
BACA LAGI: Ada sebab Malaysia tak boleh pendek waktu bekerja seperti Belanda
Rata-rata tempat rekreasi seperti sungai atau inap desa (homestay) yang menyediakan kolam renang tidak membenarkan pengunjung untuk melakukan aksi terjun.
Ia adalah kerana faktor keselamatan kerana tidak ingin perkara tidak diingini berlaku seperti dalam perkongsian di media sosial.
Dalam sebuah video di media sosial, seorang kanak-kanak lelaki mengalami kecederaan di kepala semasa cuba melakukan backflip di sungai yang agak cetek.
Kecederaan di bahagian tersebut semestinya berbahaya kerana boleh menyebabkan lumpuh untuk selama-lamanya.
"Ada orang pernah buat benda sama kat kolam renang cetek. Kepala terhentak di permukaan kolam, lumpuh buat selama lamanya," kata Antharaxxx.
"Antara sebab ramai pemilik homestay letak larangan 'no diving' di kolam homestay. Bukan takut terpercik air tapi takut jadi benda macam ni la," ujar Attiah Najwa.
"Jangan nak buat kerja bodoh, nak mandi tu mandi je," komen Zackhry. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram