'Isyarat SOS Kino tidak boleh diabaikan pengurusan Selangor walaupun dia sudah direhatkan'


  • Podium
  • Sabtu, 27 Sep 2025

Kinoshi mengatakan skuadnya terlalu kecil untuk bersaing sebelum dilepaskan Selangor. — Selangor FC

NAMPAKNYA, pengurusan Selangor FC sudah pun menekan butang 'merah' lalu menyingkirkan jurulatih, Katushito Kinoshi selepas perlawanan Piala Shopee menentang BG Tampines Rovers.

Tempatnya kini diisi oleh Christophe Gamel yang dijangka menguruskan skuad utama Selangor sepanjang musim ini bagi terutamanya dalam mengharungi lima kejohanan utama.

Walaupun kini Kinoshi sudah tiada namun apa yang dikatakannya sebelum meninggalkan Selangor perlu diambil perhatian oleh pengurusan walaupun Gamel sudah mengisi kekosongannya.

BACA LAGI: Mengaku tak cukup pemain, Kino beri 'hint' seolah-olah kurang dapat sokongan di Selangor

BACA LAGI: Tatkala kelab lain terus ke depan, adakah Selangor masih tersangkut di takuk lama?

Selepas kalah kepada Bangkok United dalam Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2), Kinoshi secara terbuka memberikan isyarat SOS.

Isyarat yang dimaksudkan adalah dia mengatakan skuadnya terlalu kecil untuk dibuat penggiliran (rotation), apatah lagi mengharungi lima kejohanan musim ini (Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia, ACL2, Piala Shopee).

"Kami tidak mempunyai pemain yang cukup untuk lakukan penggiliran," ujarnya.

Kenyataan Kinoshi itu ringkas, namun cukup untuk memberikan bayangan yang Selangor mempunyai masalah antara barisan kejurulatihan dengan pengurusan kelab.

Malah pengurusan Gergasi Merah perlu menilai makna di sebalik isyarat SOS itu supaya Selangor tidak 'semput' mengharungi pelbagai kejohanan.

Dengan jendela perpindahan sudah ditutup, Selangor tiada pilihan selain daripada cuba menggunakan pemain dari skuad Selangor II bagi menampung kudrat skuad utama.

Mungkin mereka boleh digunakan untuk beraksi dalam perlawanan kurang tekanan, namun dengan prestasi semasa Gergasi Merah, semua aksi adalah mencabar.

Menggantikan jurulatih bukannya penyelesaian keseluruhan kepada apa yang berlaku, sebaliknya ada perubahan yang perlu dibetulkan di peringkat pengurusan.

Penyokong mendesak untuk pengurusan datang bertentang mata, apa kata cuba luangkan masa? — Majoriti 

AMRAN AMINUDDIN merupakan seorang peminat tegar Selangor.

*Ini merupakan pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Majoriti*

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram