[VIDEO] Hampir langgar wanita melintas di Dataran Merdeka, pemandu mengaku tak bersalah


  • Kes
  • Khamis, 25 Sep 2025

Kejadian yang tular di media sosial berlaku di Dataran Merdeka.

SEORANG pemandu e-hailing yang tular hampir melanggar seorang pejalan kaki di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur baru-baru ini, mengaku tidak bersalah atas tuduhan melanggar lampu merah dan nyaris merempuh wanita tersebut.

Tertuduh yang merupakan seorang lelaki berusia 42 tahun itu mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan dibacakan dihadapannya.

Dia kemudiannya ditawarkan dengan ikat jamin sebanyak RM7,000 oleh pihak mahkamah.

BACA LAGI: [VIDEO] Trak pikap hilang kawalan rempuh kenderaan bertentangan di Melaka, 6 parah

BACA LAGI: Impian Zara Qairina nak jadi badar diejek beberapa pelajar — Saksi

Mahkamah menetapkan yang 18 Oktober merupakan tarikh sebutan semula bagi kes tersebut.

Sebelum ini, tular di media sosial pada Rabu apabila sebuah kereta memandu dengan begitu laju dan hampir melanggar seorang wanita yang sedang melintasi garisan zebra.

Mujur buat wanita tersebut, dia berjaya mengelak daripada dilanggar kereta tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram