
SEKALI lagi, kekecewaan melanda penyokong Selangor FC apabila kelab yang didukung tidak menunjukkan tanda-tanda peningkatan.
Permulaan yang perlahan dalam saingan liga, tumpas di laman sendiri dengan mudah pada tugasan Asia serta sering kalah kepada seteru dalam merebut kedudukan atasan Liga Super seperti Negeri Sembilan FC dan Kuching City FC.
Musim ini, lebih banyak kalah mula mengambil langkah untuk meningkatkan kualiti seperti Negeri Sembilan, Kuching City serta seteru utama iaitu Kuala Lumpur City FC.
BACA LAGI: Kalah lagi di Liga Super, Selangor dibimbangi mula hilang peluang di pentas Asia
BACA LAGI: Mengaku tak cukup pemain, Kino beri 'hint' seolah-olah kurang dapat sokongan di Selangor
Tatkala semua sedang sibuk mengejar untuk menjadi lebih baik, Selangor dilihat hanya statik dan tersangkut pada tahap sama dan berpotensi ketinggalan di belakang.
Permulaan musim yang mengecewakan jelas tidak disenangi penyokong baik dalam saingan liga atau kejohanan antarabangsa peringkat Asia Tenggara atau Asia.
Dalam saingan liga, Selangor menduduki tempat kelima dengan mengutip enam mata daripada lima perlawanan.
Di saat jurulatih, Katsuhito Kinoshi mengatakan skuadnya terlalu kecil untuk bersaing, persoalan harus ditujukan kepada pengurusan kelab, adakah dia tidak menerima sokongan padu oleh kalian?
Musim 2025/2026 belum lagi memasuki separuh perjalanannya, namun sudah pelbagai cerita kurang sedap didengar daripada keputusan dalam padang serta isu luar padang.
Waktu ini, penyokong sudah mula mahukan jawapan daripada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor, Dr Johan Kamal Hamidon kerana bimbangkan Gergasi Merah akan terus malap di peringkat domestik dan antarabangsa.
Pelbagai persoalan perlu dijawab bukan saja oleh Kinoshi tetapi Johan kerana penyokong tidak mahu kelab terus ditinggalkan oleh pasukan-pasukan lain terutamanya dalam carta liga.
Penyokong tidak lain, mereka hanya kisahkan kelab, Selangor sering menguasai segalanya pada masa dahulu namun sekarang tidak lagi.
Takkan kita hanya mahu berbangga kerana memenangi Piala Cabaran dan Piala Sultan Selangor? Sebagai Gergasi Merah, kita harus lebih utamakan kejohanan utama tempatan serta persaingan di Asia.
Musim ini, usaha dalam pengeluaran jersi begitu tinggi hinggakan setiap pertandingan ada jersi tersendiri namun hasilnya di padang sangatlah mengecewakan.
Kepada pengurusan, berdepanlah dengan penyokong. Anda 'berhutang' penjelasan dan ketelusan dengan mereka. — Majoriti
AMRAN AMINUDDIN merupakan seorang peminat tegar Selangor.
*Ini merupakan pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Majoriti*
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram