NFDP: Tak boleh ada 2 entiti urus perkara sama, nanti tak selari — FAM


  • Podium
  • Jumaat, 26 Sep 2025

Yusoff yakin FAM adalah badan tepat mengendalikan NFDP. — Agensi

PEMANGKU Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Yusoff Mahadi menegaskan badan induk itu adalah pihak yang tepat mengendalikan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP).

Katanya, NFDP harus ditadbir oleh satu badan induk saja untuk mengelakkan kekeliruan dengan Majlis Sukan Negara (MSN) harus memberi laluan kepada FAM.

Dengan FAM merupakan badan induk bola sepak negara, maka wajarlah mereka menguruskan NFDP yang tertumpu kepada sukan tersebut.

BACA LAGI: 'Jangan harap dana kerajaan', Khairy Jamaluddin nasihat FAM cari duit sendiri sebelum jaga NFDP

BACA LAGI: Joehari Ayub kosongkan pejabat, Yusoff Mahadi disebut pangku tugas Presiden FAM bermula Rabu

Program NFDP kini diuruskan oleh Majlis Sukan Negara.

Tambah Yusoff, FAM bersedia menjadikan NFDP lebih berjaya walaupun terdapat kekangan dari segi dana untuk memastikan program itu berjalan.

"Walaupun berdepan beberapa kekangan dan cabaran termasuk soal dana, FAM sudah bersedia mengambil alih NFDP jika diminta berbuat demikian.

"Sebagai badan induk, FAM sudah cukup bersedia memainkan peranan lebih besar demi pembangunan akar umbi bola sepak negara," katanya pada Jumaat.

Nada sama turut dikongsikan oleh Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor Paul John.

Bagi Windsor, tugas membangunkan bola sepak terutamanya di peringkat akar umbi seharusnya dilakukan oleh FAM dan bukannya entiti sukan milik kerajaan.

"Sememangnya pembangunan bola sepak di bawah FAM. Kita tidak boleh ada dua entiti urus perkara sama, nanti jadi tak selari," komen Windsor.

Sebelum ini, bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin pada Khamis berkata, FAM tidak boleh berharap kepada dana kerajaan semata-mata untuk mengendalikan NFDP. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram