
BEKAS Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Khairy Jamaluddin menegaskan badan induk itu tidak boleh mengharapkan dana daripada kerajaan jika mereka mahu mengambil alih Program Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan (NFDP).
Kata Khairy, FAM harus membuktikan yang mereka mampu mencari duit sendiri atau jika tidak, lebih baik NFDP kekal di bawah jagaan Majlis Sukan Negara (MSN).
Khairy turut mengatakan yang FAM harus berfikir masak-masak sebelum membuat keputusan mengambil alih program tersebut.
BACA LAGI: FAM ‘pecat’ Perlis FA, dilarang terlibat aktiviti bola sepak
BACA LAGI: Joehari sertai senarai 2 lagi presiden FAM letak jawatan, cipta sejarah paling singkat
FAM harus fikir masak-masak sebelum ambil alih program NFDP. — Facebook/Khairy Jamaluddin
"Jika FAM mahu ambil alih, FAM kena cari duit. Jika mereka mahu bergantung kepada dana kerajaan, lebih baik NFDP kekal di bawah MSN, dengan kerjasama FAM," ujar Khairy pada Khamis.
"FAM mesti fikir dengan berhati-hati sebelum meminta untuk mengambil alih NFDP, jika mereka hanya mahukannya kerana agihan bajet, tapi tak boleh laksanakan program, ia tak akan berhasil," katanya.
Menurut Khairy, pelaksanaan NFDP mempunyai dua fasa dengan fasa pertama melibatkan 10 tahun pertama dari penubuhan program.
Apabila program itu matang, NFDP kemudiannya akan diserahkan kepada persatuan bola sepak negeri untuk diuruskan mereka.
Dalam pada itu, Khairy turut mengatakan yang FAM dan MSN harus berganding bahu dalam mendapatkan pengarah teknikal berkualiti untuk program itu.
Mereka harus duduk semeja dan usaha mendapatkan calon yang boleh merencana pembangunan pemain mengikut falsafah yang sudah ditetapkan.
"Ia adalah mengenai mencari calon yang tepat yang memahami DNA serta hala tuju skuad kebangsaan," ujarnya. — The Star/T. AVINESHWARAN
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram