[VIDEO] 'Bahasa Melayu mantap', taktik Tang Jie-Ee Wei ‘tapau’ 3 bahasa sekali gus kelirukan pasangan China


  • Podium
  • Ahad, 21 Sep 2025

Tang Jie-Ee Wei mara ke aksi akhir Masters China.

MUSIM 2025 kelihatan cukup baik buat pasangan beregu campuran negara iaitu Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.

Usai bergelar juara dunia pada Hari Kebangsaan yang lalu, gandingan itu terus menonjolkan kualiti mereka apabila layak ke perlawanan akhir Masters China.

Mereka menewaskan pasangan tuan rumah, Feng Yan Zhe–Huang Dong Ping, 22-24 21-19 21-17 pada Sabtu untuk mara ke perlawanan akhir kedua berturut-turut selepas Kejohanan Dunia.

BACA LAGI: Tang Jie-Ee Wei kecewakan regu no 1 dunia, selangkah jadi juara China Masters

BACA LAGI: Muncul juara dunia, Tang Jie-Ee Wei tempah awal slot Jelajah Dunia Akhir

Perkembangan itu nyata disambut baik oleh penyokong badminton tempatan, namun apa yang lebih menarik adalah bagaimana taktikal digunakan mereka berjaya mengelirukan pihak lawan.

Berasal dari Malaysia yang merupakan negara berbilang kaum jelas memberikan kelebihan buat Tang Jie-Ee Wei dalam memastikan taktikal mereka tidak dihidu pihak lawan.

Berada di China, kedua-dua pemain itu memilih untuk berkomunikasi dalam bahasa kebangsaan, Bahasa Melayu untuk memastikan perancangan mereka tidak terganggu.

"Boleh lift (angkat) tak? Kalau boleh, lift saja, saya defend (bertahan).

"Tangan dia panjang, bila saya jaga, dia akan halang semua," itu sebahagian daripada perbualan mereka ketika perlawanan.

Kelebihan ini jelas sekali membantu pemain negara ketika pertandingan antarabangsa terutamanya berdepan wakil dari China.

Ia perlu dijaga sebaiknya sebelum pihak lawan mungkin memulakan langkah mempelajari bahasa kita untuk menghidu percaturan di gelanggang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram