
SUDAH menjadi satu kebiasaan apabila harga makanan atau minuman akan dinaikkan di kawasan tumpuan pelancong.
Tindakan sesetengah peniaga yang berbuat demikian adalah berdasarkan logik, pelancong lazimnya dari luar negara jadi pastinya akan membawa wang banyak untuk berbelanja.
Namun begitu, tindakan begitu adalah tidak betul dan pihak berkuasa pastinya memasang 'mata' sekiranya terdapat aduan daripada orang ramai.
BACA LAGI: Ibu, anak perempuan ditemukan maut dalam MPV di Melaka, disyaki keracunan gas karbon monoksida
BACA LAGI: Dikurnia gelaran 'Datuk' dari Melaka, ini sebab Fan Bingbing terima pengiktirafan tersebut
Itu tindakan yang diambil pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) apabila memberikan 'usikan' terhadap peniaga yang menjual minuman berdekatan Muzium Samudera, Melaka.
Dalam satu hantaran media sosial, KPDN 'mengusik' peniaga di sana mengenai harga yang tidak masuk akal.
"Cantik kapal (Muzium Samudera) ni, warna ungu pula tu. Tapi hauslah. Katanya ada benda tular di sini," usik KPDN.
Ia merujuk kepada hantaran tular seorang pengunjung di kawasan tersebut yang mengadu terpaksa membayar harga tinggi hanya mendapatkan dua minuman.
Pengunjung tersebut terpaksa membayar RM10 hanya untuk membayar satu air tin berkarbonat serta sebotol air mineral bersaiz kecil.
"Air tin satu, air mineral satu, jumlah RM10. Rasa macam beli air sekali dengan saham syarikat.
"Dua kali tanya orang kedai tu, dua kali juga dia kata betul, dua air tu RM10," ujarnya.
Diharap, pihak berwajib dapat mengambil tindakan sewajarnya untuk membendung perkara sebegini daripada terus berlaku.
Tindakan mengambil kesempatan ke atas pelancong bukannya satu perkara baik untuk dilakukan oleh para peniaga. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram