Lima jalan utama sekitar KL ditutup sempena Piala Sultan Selangor


  • Podium
  • Selasa, 23 Sep 2025

Lima jalan utama di Kuala Lumpur akan ditutup sempena Piala Sultan Selangor.

SEBANYAK lima jalan utama di Kuala Lumpur akan ditutup bersempena Piala Sultan Selangor (PSS) yang akan diadakan pada Sabtu.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Deputi Komisioner Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamed berkata perlawanan yang akan diadakan di Stadium Merdeka itu akan bermula pada 9 malam dengan penutupan jalan bermula pada 2 petang.

Lima jalan yang ditutup itu adalah Jalan Maharajalela (Bulatan Merdeka), Jalan Hang Tuah (masuk menerusi Jalan Hang Jebat), Jalan Hang Jebat, Jalan Stadium dan Jalan Merdeka.

BACA LAGI: Tatkala kelab lain terus ke depan, adakah Selangor masih tersangkut di takuk lama?

BACA LAGI: Kalah lagi di Liga Super, Selangor dibimbangi mula hilang peluang di pentas Asia

Deputi Komisioner Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamed

"Beberapa penutupan jalan dan lencongan akan dilakukan secara berperingkat di beberapa laluan utama iaitu Jalan Maharajalela (Bulatan Merdeka), Jalan Hang Tuah (masuk menerusi Jalan Hang Jebat), Jalan Hang Jebat, Jalan Stadium dan Jalan Merdeka.

"Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk merancang perjalanan anda lebih awal dan mematuhi semua papan tanda trafik dan arahan pihak polis yang bertugas," katanya pada Selasa.

Mohamaed Usuf turut menasihatkan orang awam untuk mengambil pengangkutan awam untuk perjalanan yang lebih lancar.

Pihaknya akan menempatkan anggota seramai 115 orang untuk memastikan trafik lebih lancar ketika hari perlawanan.

PSS akan menyaksikan dua perlawanan diadakan bagi meraikan perseteruan antara Selangor dan Singapura.

Dua perlawanan tersebut adalah aksi antara Pilihan Selangor menentang Pilihan Singapura dan Veteran Selangor bertemu Veteran Singapura. — The Star/FARIK ZOLKEPLI

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram