
MALAYSIA memastikan laluan ke Piala Asia Futsal 2026 berada pada landasan baik selepas mudah menumpaskan Bangladesh dalam aksi kelayakan di Kuantan, Pahang pada Isnin.
Kemenangan 7-1 diraih mencerahkan peluang untuk mara ke pusingan akhir selepas kejayaan menewaskan Emeriah Arab Bersatu (UAE) sebelum itu.
Namun, Malaysia harus mendapatkan keputusan positif menentang gergasi futsal, Iran pada Rabu supaya tempat ke pusingan akhir terjamin.
BACA LAGI: Legenda futsal, 'mimpi ngeri' JDT antara 4 bintang tumpuan aksi final Selangor-Pahang Rangers
BACA LAGI: Siasatan dalaman telah dimulakan, Sabah ambil serius isu coach futsal ditumbuk staf sendiri
Syahir ketika meraikan jaringannya bertemu Bangladesh. — Facebook/FAM
Ketika berdepan Bangladesh, penyokong yang berada di stadium terhibur menyaksikan aksi daripada bintang-bintang negara seperti Awaluddin Mat Nawi serta Mahadir Harahap Khairuddin.
Namun begitu, persembahan 'ubi' futsal negara iaitu Syahir Iqbal paling menarik perhatian dengan bintang muda berusia 21 tahun itu menonjolkan kualitinya.
Ketika perlawanan, pemain kelahiran Kelantan yang beraksi untuk Selangor dalam saingan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) menunjukkan skil rembatannya yang baik.
Hasilnya, Syahir yang berjersi nombor enam berjaya menyumbangkan gol untuk Malaysia pada minit ke-23 selepas mengambil kesempatan daripada gol Bangladesh yang ternganga kosong akibat strategi power play dilakukan mereka.
Dengan usianya masih muda, ramai mengharapkan Syahir akan terus menyinar sekali gus menjadi bintang seterusnya buat skuad futsal negara.
"Nombor enam tu best main," kata penyokong bernama Shaqir Yusuf.
"Syahir tu ada potensi besar, harap bila lawan Iran dia akan menyerlah," ujar Iwan Zaman pula.
"Jersi nombor enam tu rembatan dia padu, jarang mengecewakan," komen Hairul Hamdan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram