Isteri bersyukur suami bijak dalam kehidupan walau tak berpelajaran tinggi, jadi panduan wanita muda pilih pasangan hidup


  • Cinta
  • Selasa, 23 Sep 2025

Saling melengkapi antara ciri penting perlu ada dalam setiap pasangan suami isteri.

SALAH satu daripada perkara penting untuk memastikan rumah tangga bahagia adalah pasangan yang dipilih adalah sekufu.

Lazimnya, wanita disaran untuk memilih pasangan yang berpendidikan tinggi kerana ia dilihat mampu menjamin masa depan dalam rumah tangga.

Akan tetapi, seorang wanita dikenali sebagai Zaleha Supian mengambil pandangan sedikit berbeza dengan meilih untuk berasa syukur mempunyai pasangan yang tidak berpendidikan tinggi.

BACA LAGI: Isteri mengandung 8 bulan tergamam tonton video suami ‘makan luar’ dalam rumah sendiri, kesudahannya...

BACA LAGI: Cerai talak 3, Siti Jamumall dan bekas suami temui titik damai, mahu besarkan anak cara baik

Walaupun pasangan tidak mempunyai pendidikan tinggi, namun dia cemerlang di bahagian luar bidang akademik apabila menjalankan tugas sebagai suami dengan baik.

"Suami aku ALHAMDULILLAH bijak dalam kehidupan. Ada duit, simpan. Ada keluarga, bertanggungjawab. Ada staf, jaga kebajikan staf . Aku sebagai isteri dia, aku melengkapi dia.

"Dia tak ada pendidikan bukan sebab tak nak belajar, tapi biasa la orang dulu, (faktor) keadaan, duit dan sebagainya. Kalau ada duit tapi tak nak pergi sekolah, itu masalah besar.

"Adakah suami aku selamanya berada di takuk lama? Tak ada lah. Daripada kerja kilang, sampai ada kedai sendiri. Hidup ni satu je, kena rajin. Kau rajin, kau berjaya. Kau pandai sekali pun, tapi pemalas. Apa pun tak ada faedah. Ramai aku jumpa orang pandai, sudahnya tak nak kerja, nak duduk rumah main game saja," ujarnya.

Kata Zaleha lagi, dia menasihatkan wanita di sana untuk memasang pemikiran untuk saling melengkapi pasangan antara satu sama lain.

Dia menambah yang setiap pasangan pastinya akan diuji walaupun mempunyai suami atau isteri yang cukup sempurna.

"Kita cari pasangan hidup biarlah niat ikhlas untuk saling melengkapi. Kalau niat untuk mencari provider. Percayalah, kau akan terasa beban bila berkahwin dengan lelaki bila dia jatuh. Jadi bertenang, kita ada duit kita nikmati sama-sama, kalau tak ada kita duduk saja diam-diam.

"Harapkan pasangan sekufu, hidup kau pun belum tentu selamat. Hari-hari kita ni memang akan diuji," komennya. — Majoriti 

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram