
BAGI mengelakkan daripada berlakunya masalah teknikal semasa cuba mengakses subsidi minyak bersasar Budi95, kerajaan menawarkan penukaran cip kad pengenalan (MyKad) secara percuma bermula Selasa (23 September).
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, penukaran tersebut boleh dilakukan di pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam tempoh terhad sehingga 7 Oktober (Selasa).
MyKad bakal menjadi alat penting untuk mendapatkan minyak petrol RON95 bersubsidi apabila ia mula diturunkan kepada RM1.99 bermula 30 September.
BACA LAGI: Rasionalisasi subsidi RON95, Malaysia masih tawar harga petrol termurah di dunia
BACA LAGI: Kuota 300 liter RON95 sebulan mencukupi, 'cover' 170km perjalanan sehari — Amir Hamzah
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Tambah Saifuddin lagi, secara puratanya 43,000 laporan kerosakan cip pada MyKad dilaporkan setiap bulan.
"Berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negera, sejumlah 294,715 permohonan petukaran untuk cip atau kad rosak diterima di antara Januari dan Ogos tahun ini.
"Jumlah itu meningkat dalam beberapa bulan kebelakangan ini dengan sebanyak 32,819 diterima pada Jun, 40,371 pada Julai dan 45,411 pada Ogos.
"Pada September saja sehingga 21 hari bulan, sudah terdapat 22,858 permohonan diterima," katanya pada Isnin.
Saifuddin mengatakan yang kerajaan komited untuk memastikan tiada rakyat Malaysia yang layak menerima BUDI95 dinafikan hak untuk menggunakannya.
"Kami menjangkakan pertukaran percuma ini yang bermula dari 23 September hingga 7 Oktober, dan ia akan menelan belanja sekitar RM714,660 termasuk perbelanjaan berkaitan.
"Kerajaan begitu komited untuk menelan kos penggantian pada ketika ini untuk memastikan tiada rakyat Malaysia yang dinafikan akses kepada subsidi BUDI95 akibat masalah teknikal dengan MyKad mereka.
"Kerajaan teguh dengan prinsip menjaga dan inklusif, memastikan setiap rakyat Malaysia menerima manfaat dijanjikan tanpa ada yang tertinggal di belakang," jelasnya. — The Star/FARIK ZOLKEPLI
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram