[VIDEO] TMJ 'junior' tunjuk skil, sumbat 2 gol bantu raih kejuaraan di Johor


  • Podium
  • Isnin, 22 Sep 2025

Tunku Iskandar (tengah) menonjolkan skil bola sepaknya dalam sebuah kejohanan di Johor.

UMUM mengetahui yang Johor Darul Ta'zim (JDT) merupakan kelab yang cukup ampuh dalam saingan Liga Super dengan pelbagai kejuaraan sudah diraih mereka.

Keampuhan mereka bukan saja terlihat pada skuad senior, namun turut menurun sehingga ke skuad remaja, bawah umur serta peringkat kanak-kanak.

Malah, ketajaman itu turut dapat dilihat menerusi anakanda kepada pemilik JDT, Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim iaitu Raja Muda Johor, Tunku Iskandar Tunku Ismail.

BACA LAGI: Kelab Kosovo kini sasaran TMJ lepas tak jadi melabur di Sepanyol, manfaatnya tentu buat JDT

BACA LAGI: Akan ada masanya kita tak menang apa-apa — TMJ

Kelincahan Tunku Iskandar bermain bola sepak terserlah apabila berjaya membantu Johor Cubs yang merupakan pasukan peringkat kanak-kanak JDT meraih kejuaraan pada Sabtu.

Kualiti awal Tunku Iskandar sebagai pemain bola sepak terserlah apabila berjaya membantu Johor Cubs meraih Johor School Cup Football Tournament yang diadakan di Marlborough College Malaysia, Iskandar Puteri.

Dalam perlawanan akhir, Tunku Iskandar berjaya menghasilkan dua gol sekali gus membantu Johor Cubs bergelar johan.

Tunku Iskandar menyudahkan jaringan hasil daripada hantaran lintang dengan satu rembatan baik sebelum menambah koleksi peribadi menerusi sepakan penalti.

"DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor meluangkan masa menyaksikan DYAM Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor bermain bola sepak dalam kejohanan Johor School Cup Football Tournament yang berlangsung di Marlborough College Malaysia.

"Dalam kejohanan tersebut, pasukan Johor Cubs yang turut disertai oleh DYAM Raja Muda Johor telah tampil sebagai juara," tulisTunku Ismail. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram