[VIDEO] Ingatkan rahang lawan terkehel, atlet MMA tak sedar tangan sendiri patah ketika 'submission'


  • Podium
  • Isnin, 22 Sep 2025

Teknik kunci yang cuba dikenakan Mazzan terhadap pihak lawan akhirnya memakan diri.

SEBUAH pertembungan epik disaksikan ketika ahli mempertahankan diri berpengalaman, Amanda Mazza yang terkenal dengan teknik jiu-jutsu berdepan Emily Hansen dari Amerika Syarikat dalam saingan CFFC BJJ15 pada Sabtu.

Tetapi, perlawanan terbabit terpaksa ditamatkan lebih awal selepas Mazza mengalami kecederaan tangan serius ketika melakukan teknik kunci terhadap petinju lawan.

Ketika aksi tersebut baru sahaja memasuki pusingan pertama, atlet dari Brazil berkenaan cuba mencekik Hansen dari belakang dengan kakinya turut mengunci erat lawannya itu.

BACA LAGI: [VIDEO] Dua suspek bergaduh kejohanan MMA ada rekod jenayah lampau — Polis Shah Alam

BACA LAGI: Gaduh ketika pertarungan MMA, 11 dibebaskan dengan jaminan polis

Bagaimanapun, penyokong dan kedua-dua pesaing tersebut dikejutkan dengan bunyi seakan-akan terdapat tulang yang patah sehingga memaksa pegangan dileraikan.

Insiden itu menyebabkan Mazza agak terkejut dan bertanya sama ada lawannya mengalami kecederaan serius kerana dikhuatiri bunyi tersebut datang akibat kecederaan rahang.

Namun, selepas pemeriksaan dibuat, petinju berpengalaman itu baru menyedari bahawa tanganya patah ketika melakukan teknik kunci berkenaan.

Kecederaan berkenaan tidak menyebabkan perasaan sakit yang teruk terhadap Mazza yang kekal tenang sambil menjelaskan situasi dialaminya kepada pengadil sementara menunggu pihak perubatan.

Mazza sudah berentap tujuh kali dalam saingan CFFC BJJ sepanjang kariernya. — Agensi

Situasi itu membuatkan peminat sukan tempur kagum akan petinju berusia 28 tahun tersebut yang amat berpengalaman dalam seni mempertahankan diri.

Malah, sepanjang kariernya, dia sudah mengalami pelbagai kes sedemikian selepas bertahun-tahun bersaing dalam berjenis-jenis pertandingan, termasuk tujuh kali di penta CFFC BJJ.

Atlet jiu-jutsu itu juga mempunyai rekod kejayaan cukup baik sehingga pernah menjadi petinju jemputan dalam UFC Fight Pass 2023 meskipun tubuhnya jauh lebih kecil dari pesaing lain.

Kecederaan sedemikian sudah tentu tidak akan menghalangnya dari terus melangkah ke dalam gelanggang, namun perlu menunggu keputusan pihak perubatan mengenai keadaan semasanya sebelum dapat kembali berentap. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram