
DUA lelaki ditahan berhubung satu pergaduhan yang berlaku semasa kejohanan seni bela diri campuran (MMA) di Dewan Besar Tanjung Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Seksyen 19, Selangor baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kejadian yang berlaku pada Ahad itu tular di media sosial selepas rakaman video pergaduhan tersebar.
"Kami menerima laporan sekitar pukul 2.11 petang pada hari kejadian, yang dibuat oleh penganjur kejohanan berhubung pergaduhan yang melibatkan 15 penyokong di dalam dewan pertandingan.
BACA LAGI: [VIDEO] Tuhan bayar 'cash', lelaki disambar api ketika cuba bakar traktor di tepi jalan di Turkiye
BACA LAGI: Remaja 19 tahun disyaki cabul budak perempuan ketika solat subuh di masjid Batang Kali ditahan polis
"Pergaduhan bermula di dalam dewan sebelum berlarutan ke kawasan luar," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
DUA lelaki ditahan berhubung satu pergaduhan yang berlaku semasa kejohanan seni bela diri campuran (MMA) di Dewan Besar Tanjung Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Seksyen 19, Selangor baru-baru ini.
Kredit: Vk Vijendren pic.twitter.com/p6vTlQeHM2
— Nadine Ardine (@MoMoT_Nadine) February 24, 2025
Menurut beliau, insiden itu berpunca daripada pertengkaran antara dua peserta yang berasa tidak puas hati selepas mereka dibatalkan penyertaan oleh pihak penganjur kerana lawan masing-masing tidak hadir.
"Kedua-dua peserta tersebut bertikam lidah dan saling mencabar untuk bertarung di dalam gelanggang. Provokasi berterusan antara mereka menyebabkan penyokong masing-masing turut campur tangan hingga berlaku pergaduhan besar, termasuk insiden membaling kerusi," katanya.
Seorang peserta berusia 45 tahun mengalami kecederaan dalam kejadian tersebut dan telah dihantar ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan. Mangsa kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Polis telah menahan dua suspek utama berusia 40 dan 45 tahun sekitar pukul 5.20 petang pada hari kejadian. Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau, namun ujian saringan air kencing mendapati mereka negatif dadah.
Kedua-dua suspek direman sehingga Selasa untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 148 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
"Kami masih menyiasat kemungkinan penglibatan elemen jenayah terancang dalam insiden ini. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nawinthan Selvaraja di talian 016-2052314," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram